ADAB dan tingkah laku yang baik dapat memberi gambaran positif ketika berurusan dengan orang lain. Namun agak menyedihkan apabila banyak rungutan disuarakan orang ramai tentang sikap generasi Z atau Gen Z yang dikatakan berkelakuan kurang beradab. Pengalaman sama dilalui seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Norman Radzuan ketika dia berurusan dengan Gen Z yang mahu mencari kerja. Gen Z dikatakan golongan yang memilih kerja. -Gambar hiasan. "Mohon kerja kita dah tetapkan tarikh temuduga untuk dia... dia kata dia sibuk. "Kita mudahkan (urusan) dia dengan adakan sesi interview di Zoom, tapi dia kata nanti dia tentukan tarikh," ujar Norman berkongsi cerita. Tanpa berkongsi lanjut tentang jenis pekerjaan yang ditawarkan, lelaki itu berkata dia kesal dengan sikap generasi muda hari ini yang seakan tidak menghargai peluang yang diberikan. ARTIKEL BERKAITAN :Pekerja Gen Z tak pandai bergaul, suka main telefon... Ini sikap sebenar yang majikan perlu tahu ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial Tambah lelaki itu lagi, sikap seperti itu akan membuatkan golongan majikan berat hati untuk menggajikan pekerja dalam kalangan Gen Z. "Dia ingat bapa dia punya syarikat? Lepas itu mengadu susah cari kerja. Sikap mak ayah zaman sekarang yang manjakan anak menyebabkan Gen Z ni jadi lebih manja. Netizen "Kita dulu kalau dapat panggilan, malam itu juga bertolak ke KL (Kuala Lumpur) naik bas," ujarnya. Susulan luahan itu, rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan lelaki berkenaan tentang sikap Gen Z. Malah ada yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika mencari kerja suatu ketika dulu. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Pada 1993 saya dapat temuduga di sebuah syarikat telekomunikasi. Sehari sebelum temuduga saya masih bekerja sebagai juruteknik kilang di Kedah, malam tu terus saya ambil EL (emergency leave). "Naik bas waktu subuh ke Puduraya, kemudian naik teksi ke Jalan Ampang. Alhamdulillah, saya dapat kerja tu dan baru sahaja bersara. "Mental health dan work life balance adalah alasan yang selalu diadakan untuk tak nak berusaha lebih di tempat kerja. Lepas tu sikap mak ayah zaman sekarang yang manjakan anak menyebabkan Gen Z ni jadi lebih manja. "Generasi banyak lemak, apabila tanya hal gaji kalah orang yang dah kerja empat ke lima tahun," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube