KEPUTUSAN seorang wanita untuk berhenti kerja di sebuah kedai emas yang menipu pelanggan ibarat 'makan diri' sendiri. Dalam perkongsian di X, wanita ini mendedahkan kisah bagaimana dia diajar untuk bersikap tidak jujur ketika membuat timbangan berat emas. Walaupun sudah setahun bekerja di premis yang tidak dinyatakan lokasi ini, dia nekad untuk berhenti kerana tidak mahu terus bersubahat dengan tipu muslihat pemilik kedai emas. "Saya bukan manusia yang solat lima kali sehari dan masih mencuba. Tapi walaupun saya bukan jenis yang solat cukup, saya masih tahu hukum hakam, halal dan haram. Satu hari tu anak tuan kedai 'ajar' saya tolak beberapa gram daripada berat asal emas hanya kerana barang tu kosong. "Barang kemas yang dalamnya kosong, ada kemungkinan nak kumpul habuk dan daki yang banyak. Nak jadikan cerita, ada orang nak gadaikan semua emas arwah untuk dibahagikan sama rata dengan adik beradik. Penjual emas perlu telus dalam menimbang emas. -Gambar hiasan "Orang yang uruskan pelanggan tu adalah saya dengan pemantauan anak tuan kedai la. Saya terkejut apabila dia tolak banyak gram walaupun barang tu solid (emas penuh). Solid mana ada daki kak oi nak masuk. Kalau ada pun tak kan la sampai dua gram," ujarnya. Tambahnya lagi, taktik tersebut sudah dilakukan beberapa kali sehingga membuatkan dia berasa bersalah dan berdosa apabila menipu pelanggan. Dia akhirnya nekad untuk 'angkat kaki' daripada terus mencari rezeki dengan melakukan penipuan apatah lagi apabila kali ini melibatkan harta orang yang sudah mati. Namun, keputusan tersebut tidak disenangi oleh ibu bapanya apabila mereka mempertikaikan pula dirinya yang tidak pernah menyempurnakan solat lima waktu. "Saya tipu ibu dan ayah cakap saya masih kerja cuma ambil cuti lama. Mereka memang suka saya kerja situ sebab gaji masyuk (tinggi). Bila benda sudah kantoi, satu benda mak saya cakap yang saya ingat sampai hari ni. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak tahan kerja kedai emas, sakit tengkuk asyik kena susun cincin... Hanya bertahan sebulan walau gaji ‘masyuk’ ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama terus kena pecat, wanita kesal sikap tauke kedai emas... Merana duit habis bayar taska anak sebab nak kerja "Kau bukannya solat cukup pun untuk kisah pasal benda tu. Berdosa ke saya berhenti supaya dah terbabit dengan benda tu? Atau kalau kita tak cukup solat lima waktu kita tak perlu risau pasal benda tu? "Kami bergaduh besar sampai saya tak balik rumah beberapa hari. Saya sebelum ni anak kesayangan ayah tapi sekarang saya tak rasa macam tu dah. "Saya rasa macam ayah benci saya sangat. Saya tipu lagi cakap saya dah jumpa kerja tapi sebenarnya belum lagi. Saya buat macam tu supaya boleh baiki hubungan kami sebab mereka bermasam muka dengan saya," katanya lagi. Tetapi penipuan wanita ini hanya 'bertahan' dua hari apabila bapanya mengetahui dia sebenarnya tidak keluar untuk pergi bekerja. Jangan risau bab sakitkan hati ibu bapa ya, tiada ketaatan untuk perkara yang bertentangan dengan syarak. NETIZEN "Selama dua hari semuanya okay saja tapi pada hari ketiga ayah saya jumpa kereta saya parkir dekat luar rumah kawan. Kami bergaduh besar membuatkan saya rasa diri ni teruk sangat. "Saya jijik dengan diri. Saya bodoh. Tak ada otak, commom sense dan tak fikir orang lain. Dari saya kecil sampai ke besar tak pernah satu pun benda saya buat untuk diri sendiri semuanya buat untuk mak ayah. "Cuma sekali saya buat untuk diri sendiri, saya berhenti tapi mereka benci saya sangat. Berdosa ke saya?" katanya lagi. Dia turut mengimbas kembali kenangan pahit 17 tahun lalu yang tidak dapat lupakan apabila ibunya pernah 'mendoakan' perkara tidak baik kepada adik beradiknya. "Mak saya marah sangat sampai cakap kenapa tuhan tak ambil seorang (anak)? Kurang sikit beban. Saya tahu dia cakap benda tu dalam keadaan marah tapi saya tak boleh lupakannya. "Setiap kali saya rasa nak buat sesuatu, mesti saya letak mereka dulu sebab saya tak nak ibu marah lagi. Jadi mereka boleh ada sesuatu untuk 'tunjuk' dekat semua orang. 'Anak aku pandai, anak aku kerja gaji bagus'. Komen warga maya pada hantaran dibuat wanita ini. "Tapi untuk saya kali ni je, sekali je... saya nak letak diri sendiri dulu dan semuanya jadi macam ni. Saya patutnya bunuh diri saja. Saya tak layak hidup. Hidup untuk kecewakan keluarga buat apa. Baik mati je kakak ni kan ibu dan abah," ujarnya. Hantaran tular tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya bersimpati dengan nasibnya dan cuba memberi nasihat terbaik berlandaskan hukum syarak. "Pengadu, hanya sebab kita ada satu dosa, tak bermakna kita kena buat semua dosa yang ada dekat dunia ni. "Jangan risau bab sakitkan hati ibu bapa ya, tiada ketaatan untuk perkara yang bertentangan dengan syarak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube