suria

Tak jadi nikah sebab tunang meninggal, lelaki mahu kahwin wanita lain! Buntu keluarga arwah enggan pulangkan duit hantaran

Kebanyakan lelaki memberi separuh duit hantaran kepada pasangannya. -Gambar hiasan

KITA merancang, tuhan yang menentukan.

Begitulah gambaran situasi yang berlaku kepada lelaki ini selepas impian mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati tidak kesampaian.

Meluahkan isi hati di laman Facebook, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata perancangan untuk bernikah yang dijadualkan pada tahun lepas tidak dapat dilaksanakan kerana tunangnya meninggal dunia.

Hantaran dan mas kahwin dibincang semasa sesi risik dilakukan. -Gambar hiasan The Star

Hantaran dan mas kahwin dibincang semasa sesi risik dilakukan. -Gambar hiasan The Star

“Tunang aku meninggal dunia tahun lepas sebelum akad nikah,” luahnya sayu.

Seperti pasangan pengantin yang lain, persiapan untuk majlis perkahwinan telah pun dilakukan lebih awal termasuk tempahan busana dan katering.

Bagi mengelakkan kerugian, keluarga kepada lelaki ini bertindak mencarikan calon isteri baharu untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi cinta, wanita moden rela nikah tiada wang hantaran! Selepas kahwin nafkah pun tak diberi, akhirnya meratapi nasib di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bangkang budaya kongsi duit hantaran... Risau lelaki ‘naik lemak’, lepas kahwin asyik harap duit bini!

Meskipun sedih, lelaki berkenaan bagaimanapun akur dengan kehendak ibunya.

“Aku nak kahwin tahun ni... dengan pilihan mak aku. Total dekat 20K (RM20,000),” ujarnya.

Mengakui tidak mempunyai bajet untuk majlis baharu tersebut, dia menyuarakan hasrat untuk mendapatkan kembali wang hantaran serta barang kemas yang pernah diberikan kepada arwah tunangnya.

Bagaimanapun katanya, keluarga arwah tunang enggan menuruti permintaannya dan menyatakan ia adalah hak mereka.

Kalau keluarga dia ada hati perut, dia kesiankan kau dia akan bagi, 20k tak jadi kahwin, banyak.

WARGA MAYA

“Aku minta balik wang hantaran dan emas yang bagi masa tunang. Tapi ayah arwah insist tu milik famili mereka,” tambahnya.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga mengundang pelbagai reaksi.

“Macam mana boleh tergamak kahwin dengan orang lain while minta balik duit dari keluarga yang orang dah pergi dan pernah jadi orang bermakna dalam hidup kita. Tak faham macam mana lelaki boleh cepat sangat move on.

Warga maya berharap keluarga arwah tunangnya mempunyai rasa simpati.

Warga maya berharap keluarga arwah tunangnya mempunyai rasa simpati.

“Boleh. Keluarga arwah tak boleh keberatan untuk pulangkan sebab duit tu untuk arwah dan disebabkan arwah dah tiada, jadi duit tu patut dipulangkan kepada awak.

“Kalau keluarga dia ada hati perut, dia kesiankan kau dia akan bagi, 20k tak jadi kahwin, banyak.

“Tak boleh sebab dia sudah bagi semua tu pada tunang. Jadi hak milik dalam Islam sudah berpindah. Haram untuk minta balik barang yang kita sudah bagi pada orang dan duit serta barang-barang tu sudah jadi faraid,” ujar beberapa warga maya.

Sementara itu, Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan hadiah yang diberikan untuk pertunangan boleh diambil kembali sekiranya pasangan terlibat tidak berkahwin.

"Hadiah yang diberikan sebagai hantaran untuk pertunangan boleh untuk diambil kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin.

"Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali kerana ia termasuk dalam larangan yang ditetapkan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain