suria

Damai waktu sahur bertukar gempar, ular hitam berkilat masuk rumah... Makin cemas, ramai sangka hadir sepasang!

Kehadiran ular senduk sepanjang kira-kira dua meter menggemparkan sebuah keluarga.

INDAHNYA Ramadan apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama menikmati juadah sahur sebelum meneruskan ibadah puasa.

Namun sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila suasana damai waktu sahur mereka digemparkan dengan kehadiran 'tetamu tidak diundang'.

Suasana cemas ketika seekor ular senduk berada di ruang tamu kediaman mereka sempat dirakamkan seorang wanita sebelum rakamannya dikongsikan di media sosial.

"Kejadian selepas sahur. Mujur pintu bilik adik ditutup. Anak-anak buah tengah tidur.

"Mujur juga tak panik, sedia maklum tanah Pak Aji ni memang banyak reptilia dan kehidupan liar tinggal mahupun singgah," katanya.

Seekor ular masuk selepas sekeluarga bersahur.

Menerusi rakaman video berdurasi 33 saat itu, kelihatan seekor ular senduk sepanjang kira-kira dua meter melingkar di lantai berjubin putih.

Misteri kehadiran ular tersebut turut menimbulkan cemas dalam kalangan netizen sehingga segelintirnya mendakwa terdapat seekor lagi reptilia itu di ruang tamu.

"Atas tilam itu pun ular ke tu? Jadi semua dua ekor.

"Ada dua ekor ke? Bawah meja ada lagi seekor.

"Sampai dua ekor masuk dalam rumah," demikian antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik belut yang dibeli suami, hitam bersisik kepalanya kembang dalam singki! Rupanya ular sedang ratah ayam

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka bancuh susu anak, ular sawa muncul depan singki! Pukul 1 pagi bomba sampai, tapi balik tangan kosong

Tanda tanya itu timbul susulan bayang-bayang hitam yang menunjukkan pergerakan seperti ular berada dekat kawasan tilam dan meja.

Bagaimanapun, wanita yang lebih dikenali sebagai Fatihanim itu tampil menjelaskan bahawa hanya seekor ular yang masuk ke rumah mereka dan bayangan kedua itu sebenarnya adalah seekor kucing hitam yang dibela keluarganya.

"Bukan, yang orang nampak macam ular di meja tu ekor kucing hitam.

"Badan dia pula elok je tak bergerak, ekor je yang bergerak," katanya.

Badan dia pula elok je tak bergerak, ekor je yang bergerak.

FATIHANIM

Mengenai kehadiran ular senduk di rumah keluarganya, Fatihanim berkata dia bersyukur apabila ia berjaya ditangani dengan baik.

"Ular senduk dah selamat dibunuh di luar rumah. Alhamdulillah Pak Aji tahu je. Dia terus capai rotan hutan dan ketuk terus," ujarnya.

Antara komen netizen.

Menurut wanita itu lagi, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dalam kejadian itu.

"Alhamdulillah, cuaca panas ni. Dia nak masuk rumah agaknya," katanya sambil menambah kucing peliharaan itu juga selamat.

Pada masa sama, dia juga berkata akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

"Selepas ni akan periksa bukaan," katanya yang merujuk pada laluan atau ruang yang boleh dimasuki reptilia itu seperti pintu, tingkap dan lubang-lubang di dalam rumah.

Kata Fatihanim lagi, dia menganggap insiden yang berlaku sebagai dugaan dan ujian di bulan Ramadan.

"Allahu, harap tak ada apa-apa. Allah jaga.

"Berhati-hati ye semua di musim panas ini," katanya yang menitipkan pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain