suria

Pengunjung bazar Ramadan tegur geng tolak ‘stroller’, tak sesuai datang waktu tengah sesak - “Habis digilis kaki orang”

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar. -Gambar hiasan

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, bazar Ramadan edisi 2024 turut tidak terkecuali mengundang pelbagai kontroversi membabitkan peniaga.

Antara rungutan yang sering dibangkitkan adalah harga juadah yang mencekik darah dan kualiti makanan yang tidak memenuhi jangkaan.

Namun, memasuki minggu kedua umat Islam berpuasa, seorang warga maya tampil pula mengkritik sikap segelintir pengunjung bazar yang dikatakan tidak bersikap bertimbang rasa.

Sifat toleransi diperlukan di bazar Ramadan. -Gambar hiasan

Menurutnya, keadaan di bazar Ramadan yang sedia sesak pada waktu puncak bertambah kabut apabila wujudnya golongan yang mementingkan diri ini.

"Aku ada banyak benda sebenarnya nak tegur pasal bazar Ramadan ni. Pertama sekali ditujukan kepada pasangan yang tengah dilamun cinta dan suka menggedik tu.

"Pilih makanan dekat gerai tu biar cepat sikit, kami beratur di belakang ni tak minat tengok drama. Seterusnya ibu bapa yang ada anak kecil khususnya bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejuk macam masak semalam” - Serik beli makanan tak kena dengan tekak, dah setahun individu ini boikot bazar Ramadan

"Tak rasa kesian ke dekat anak kau tu bawa pergi tempat yang serabut macam bazar Ramadan ni. Ada siap bawa stroller (kereta sorong) waktu bazar tengah 'sardin', habis digilisnya kaki orang.

"Seterusnya mereka yang suka berpegang tangan sambil berjalan ni, kalian tu bukan budak kecil lagi. Mengganggu pergerakan orang sekeliling," ujar pelayar tersebut panjang lebar.

Warga maya lain seterusnya menambah beberapa lagi teguran yang dikhususkan kepada pengunjung bazar.

Ingatan mesra untuk mereka yang datang ke bazar secara berkumpulan, tak perlu kot jalan sebaris melintang.

WARGA MAYA

"Aku dah lama nak 'sembur' ni, kalau berjalan di bazar tolonglah jangan brek mengejut. Tak kisah la kau jumpa sahabat lama ke apa, jangan nak buat episod 'jejak kasih' dekat tengah jalan tu

"Dia akan jadi kesan domino sampai ke belakang apabila kau berhenti tiba-tiba macam tu. Kalau nampak gerai makanan yang menarik pun, boleh berjalan perlahan ke tepi untuk susur keluar, jangan terus berhenti.

Perbincangan warga maya di laman X.

"Betul, aku sangat sokong nasihat untuk ibu bapa yang bawa stroller anak tu. Memang tak ada common sense langsung ke mereka ni? Tengah-tengah panas, lautan manusia, risau tengok anak kau.

"Lagi satu, ingatan mesra untuk mereka yang datang ke bazar secara berkumpulan. Tak perlu kot berjalan sebaris melintang, kau ingat grup kau tu Blackpink ke? Menghalang laluan tahu tak," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain