SEORANG bapa berasa kagum melihat usaha anak sulung untuk menggembirakan hati ibunya. Pengakuan ini dibuat oleh Pe Chey, menceritakan tentang anaknya bernama Irsyad yang berjaya menabung sebanyak RM5,000 untuk membeli barang kemas. Katanya, wang tersebut dikumpul oleh Irsyad selama satu tahun kerana matlamatnya pada 2024 adalah 'membeli emas lebih besar' berbanding tahun sebelumnya. "Irsyad tunjuk dekat saya semalam, bekas simpan duit sebab nak belikan hadiah untuk ibunya. Kotak 'bodoh' je dia guna. Tapi isi dalamnya sangat banyak. Emas juga boleh dijadikan perhiasan selain dibeli untuk pelaburan. -Gambar hiasan "Saya 'besar mata' semalam tengok dia keluarkan duit masa bayarkan. Beribu-ribu. Tak macam tahun lepas, RM1,000 lebih je. Sampaikan ibunya kata, banyaknya abang simpan untuk ibu" imbasnya. Menurut lelaki ini lagi, dia sendiri tidak mampu untuk memberikan hadiah sebesar itu kepada isterinya sebagaimana dilakukan Irsyad. Justeru dia berasa amat bangga dengan usaha dan pengorbanan anaknya walaupun tidak bergaji besar. "Saya pun tak mampu nak belikan hadiah yang sebesar itu kali ni untuk isteri. Banyak belanja bulan ni buat saya 'pokai'. ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah, bukan pakai duit orang lain pun”- Tauke kedai emas tak tolak RM5 'duit cincin sayang', syiling pun terima! ARTIKEL BERKAITAN: Syiling pun duit! Wanita pecah tabung beli gelang dan cincin emas... jurujual tak merungut, gigih kira sekeping-sekeping "Tak apa. Rezeki ibu. Doakan abang murah rezeki lagi, sihat, boleh abang belikan lagi untuk ibu. Kalau kau yang baca ni, dengar anak kata begitu, saya tak tau macam mana perasaannya. "Bukannya dia doktor, jurutera ataupun pensyarah. Jauh sekali kontraktor kelas A, dia hanyalah seorang anak sulung lelaki yang masih punya penyakit anxiety. Dia tak berpeluang habiskan pengajiannya," jelasnya lagi. Menurut Pe Chey, hadiah tersebut diberikan oleh Irsyad sempena hari lahir ibunya serta sebagai penghargaan sambutan Hari Wanita Sedunia. "Saya tengok muka isteri, saya pandang wajah Irsyad, ada 'pelangi petang' yang seolahnya terlukis indah. Untuk ada RM5,000 dalam masa setahun, setiap minggu wajib simpan RM100. NETIZEN "Sebagai ayah, saya puas bila anak lelaki sulung, faham dan tahu tanggungjawab pada ibunya dan tak lokek berkongsi rezeki yang dia perolehi sehari-hari. "Dia memang rapat dengan ibunya. Doakan dia sihat, doakan dia tetap 'tunduk' (merendah diri)," katanya lagi. Selepas hantaran tersebut dikongsikan di laman Facebook, rata-rata netizen memuji keikhlasan Irsyad membahagiakan ibunya. Jika diteliti pada ruangan komen, Pe Chey menjelaskan tiada punca yang pasti terhadap anxiety yang dialami anaknya. Komen netizen di Facebook. "Seronoknya dapat anak macam ni. Semoga bapanya mencontohi. Dapat la emaknya dua hadiah. "Ya Allah, anak soleh. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya. Anak yang hebat dan baik. Saya kongsikan kisah anak cikgu buat anak-anak saya. "Ya Allah mulianya didikan cikgu. Untuk ada RM5,000 dalam masa setahun, setiap minggu wajib simpan RM100. Besar pahala cikgu sampai terdidik anaknya yang memuliakan ibunya. Cerita yang betul-betul menjentik hati saya," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube