suria

Dulu berumah dalam Proton Wira, kini Ariff Peter lalui fasa bahagia... Bakal bernikah dengan GF setia masa susah selepas raya

Kehidupan Ariff Peter kini semakin baik dengan usaha sendiri bantuan orang sekeliling.

SETIAP manusia tidak lekang daripada ujian dan dugaan hidup.

Begitulah yang dialami lelaki berusia 29 tahun ini sehingga kisahnya tinggal di dalam kereta jenis Proton Wira menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia pada tahun lalu.

Ia berikutan dia berjaya melunaskan 90 peratus daripada keseluruhan hutang sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh dua tahun tanpa mendapatkan bantuan orang lain mahupun pinjaman daripada badan kewangan.

Ariff Peter pernah ditemubual mStar tentang situasinya itu.

Ariff Peter pernah ditemubual mStar tentang situasinya itu.

Berkongsi perkembangan terkini dengan mStar, Ariff Luqman Peter Lisut berkata, baki hutang sebanyak RM90,000 juga telah berjaya dilangsaikan pada Disember tahun lepas.

"Saya habis bayar guna gaji, duit jadi ambassador produk selain review produk. Selain itu saya dapat projek Rumawip di Putrajaya dan in charge untuk marketing dengan bayaran RM40,000 setiap bulan," ujarnya memulakan bicara.

Pada masa sama, anak kelahiran Sarawak ini turut menzahirkan syukur kerana masalah yang dialami itu berjaya dihadapi dengan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Proton Wira jadi rumah, usahawan kerja cleaner lepas bisnes lingkup... Cara langsai hutang RM1.2 juta buat netizen kagum

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur sudah langsai hutang RM1.2 juta, pemuda tinggal dalam kereta harap boleh kumpul bersama keluarga semula

Malah baginya, kejayaan yang diperoleh masa kini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan daripada teman wanitanya yang sentiasa ada bersama.

Sebagai menghargai pengorbanan wanita istimewa itu, dia yang dikenali sebagai Ariff Peter mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Aidilfitri pada April ini.

"Alhamdulillah masih sama (teman wanita) lagi... kahwin selepas raya.

Alhamdulillah semakin baik sekarang... saya dan tunang ambil alih perniagaan daripada bakal mentua untuk gim dan kedai makan.

ARIFF PETER

"Mohon doanya semua ya," ujarnya tanpa berkongsi lanjut tentang majlis pertunangan yang sudah berlangsung sebelum ini.

Bercerita perkembangan terkini, Ariff Peter berkata, dia baru sahaja memulakan perniagaan makanan dan minuman (F&B) di Segambut, Kuala Lumpur bersama tunangnya.

Pada masa sama, dia turut mengusahakan gymnasium dan kedai runcit.

Situasi Ariff semasa belum menyelesaikan hutangnya.

Ariff Peter ketika menjadikan kereta Proton Wira sebagai tempat tinggal.

"Alhamdulillah, semakin baik sekarang. Saya dan tunang ambil alih kedai daripada bakal mentua untuk gim dan kedai makan.

"Gim saya bekerjasama dengan bakal adik ipar... kedai runcit pula saya team up dengan bakal bapa mentua sebab nak luaskan jadi wholesale untuk target market muslim dan Melayu bumiputera," tambahnya lagi.

Sebelum ini, mStar ada menerbitkan beberapa laporan berkaitan Ariff Peter tentang kisah kehidupannya selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.

Bukan sahaja perniagaannya lingkup, malah dia dibebani hutang sebanyak RM1.2 juta sehingga terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya.

Dia bagaimanapun kembali bangkit dan berjaya melangsaikan 90 peratus daripada hutang dalam tempoh dua tahun tanpa mendapatkan bantuan orang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain