suria

Nak berniaga tapi mulut lancang! Hos kedai TikTok diminta jaga adab layan bakal pelanggan - “Memang kerja awak cakap ulang-ulang”

Banyak peluang yang boleh direbut di platform TikTok. -Gambar hiasan

BANYAK peluang pekerjaan baharu yang muncul bagi memenuhi permintaan pasaran dunia digital.

Antaranya adalah menjadi hos di platform video TikTok yang skop tugasnya melakukan penjualan dan promosi bagi produk-produk tertentu.

Mereka yang berkecimpung dalam bidang ini akan menyelia akaun TikTok dengan membuat penstriman video secara langsung bagi melayani penonton yang menyertainya.

Aplikasi TikTok menjadi pusat membeli-belah alam maya. -Gambar hiasan

Namun, seorang wanita di laman X melalui hantarannya menegur beberapa hos TikTok yang disifatkan sebagai biadab kerana menggores hati penonton dengan kata-kata jelik.

Menurutnya, segelintir hos TikTok gemar menyindir penonton yang bertanyakan soalan dan bersikap acuh tak acuh ketika bersiaran.

"Saya tak gemar la dengan sikap sesetengah hos TikTok yang suka sarkastik terhadap penonton. Contoh saya tengok, ada penonton yang baru masuk dan berminat nak beli apa yang dijual.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kemaruk ‘live’ dengan lelaki lain, melarat sampai atas katil! Paling biadab berani campak makanan ke muka suami lepas ditegur!

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah kecil hati, hilang sabar diganggu pelajar biadab dalam kelas - “Melampau la awak malam ni!”

"Tapi dia mungkin dah ketinggalan apa yang dikongsikan pada awalnya, jadi dia tanya semula perincian tentang barang tu. Saya rasa kecewa apabila hos TikTok tu bukannya nak jawab dengan baik.

"Dia boleh cakap macam ni... tanya lagi, saya dah terangkan banyak kali tadi. Aduhai penonton tu kan baru masuk. Lagi satu, ada seorang hos ni, dia jual gelang.

"Lepas tu penonton tanya, boleh kena air ke gelang tu? Mungkin sebab risau karat. Kemudian hos TikTok tu jawab... boleh la, kalau tak macam mana nak pakai? Sinis sungguh jawapannya," ujar wanita itu.

Ingat, penonton live ni semua adalah bakal pelanggan awak... layan mereka baik-baik.

WARGA MAYA

Memberikan pesanan, wanita itu mengingatkan bahawa hos TikTok bukanlah sesiapa tanpa penontonnya.

"Itu sememangnya kerja awak sebagai seorang hos TikTok untuk explain dan cakap ulang-ulang. Penonton akan keluar dan masuk live setiap masa.

"Ingat, penonton live ni semua adalah bakal pelanggan awak, layan mereka baik-baik. Tak perlu rasa diri kau tu besar sangat kalau setakat ada 300 hingga 400 penonton. Jangan sampai awak bankrap je," katanya.

Warga maya lain seterusnya berkongsikan pengalaman sama berhadapan dengan hos tanpa budi pekerti ketika menyertai live TikTok.

Perbincangan warga maya di ruangan ciapan balas.

"Pernah dulu ada hos ni suka cakap kasar dengan penonton. Apabila ditegur dia cakap... eh saya ada susahkan akak ke? Sambil buat muka lagi.

"Saya ingat lagi, ada satu hos TikTok ni jual songkok special katanya, mahal sungguh harga. Lepas tu apabila orang persoalkan dia cakap, beli kasut mahal untuk letak dekat kaki tak berkira pula? Acah bagus.

"Saya pernah masuk satu live jual baju, saya cakap dekat dia minta reviu yang warna hitam. Lepas tu dia suruh tengok sendiri dekat dalam beg kuning, terasa amat hati ni.

"Hos macam ni kalau tak laku nanti dia akan cakap kita yang tak support perniagaan orang Melayu," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain