suria

Ada masjid amal sikap pilih bulu layan tetamu datang iftar... Warga asing makan di ruang lain, bukan kariah disisih

Besar pahala mereka yang berbuka puasa di masjid. -Gambar hiasan

MEMASUKI bulan Ramadan, sudah tentu lokasi berbuka puasa menjadi salah satu perkara penting tidak kiralah bagi individu bujang atau sudah berkeluarga.

Ada yang suka berbuka di rumah menikmati hidangan yang dimasak sendiri, beli bungkus di bazar atau restoran, makan di luar dan tak kurang juga yang memilih iftar di masjid.

Berbuka di masjid nyata mempunyai banyak manfaat dan besar pahalanya selain senang untuk solat jemaah, dapat mengeratkan silaturahim selain makanan yang disediakan adalah percuma dan agak 'mewah'.

Bagaimanapun, sikap segelintir ahli jawatan kuasa (AJK) masjid yang didakwa pilih bulu dalam melayan tetamu yang datang untuk berbuka amat dikesali.

Makanan yang dihidangkan ketika berbuka di masjid enak-enak belaka. -Gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook, Puan Effy Azman mendedahkan senario yang tak sepatutnya berlaku ketika waktu berbuka di masjid berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya.

"Disebabkan aku adalah golongan yang kerap berbuka di masjid aku layak komen tentang perkara 'busuk' waktu berbuka di masjid.

"Di kawasan Johor ini, banyak sahaja masjid yang buat majlis berbuka puasa yang meriah, paling penting kami mesti makan dalam dulang. Kami di Johor tidak panggil talam, kami panggil dulang," kata Puan Effy.

ARTIKEL BERKAITAN :Rezeki penunggu masjid! Seorang jemaah sanggup berbuka makan nasi dan kuah, jamu semua lauk kepada kucing - “Dia minta simpati, tak ada yang layan”

ARTIKEL BERKAITAN : Suami berkeras pergi solat tarawih di masjid, tak peduli rayuan isteri sakit - “Dosa ke minta jaga aku dan anak?”

Puan Effy menegaskan, dia sering berbuka di rumah Allah bersama keluarga bukanlah kerana faktor makanan semata-mata, tetapi kerana selesa dengan layanan baik diberikan oleh pihak masjid.

Mengulas lanjut mengenai 'layanan', dia menceritakan tentang sesetengah masjid di daerahnya yang membuat pengasingan makanan dan ruang ketika berbuka mengikut ahli kariah dan bukan ahli kariah.

"Bukan setakat kau asingkan warga asing tapi bukan ahli kariah pun diaorang sisihkan.

"Contoh ada satu masjid di daerah aku, pernah asingkan makanan untuk ahli kariah lain, bukan ahli kariah pula lain. Siap tapau bawa balik sedangkan ada anak-anak ahli kariah tak dapat makanan," katanya.

Besar pahala mereka yang berbuka puasa di masjid. -Gambar hiasan

Sesetengah masjid memberikan layanan baik dan sama rata kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Melihat situasi ini, Puan Effy berpandangan konsep pilih bulu sesama umat Islam tidak seharusnya berlalu dan setiap individu perlu diberi layanan sama rata.

"Waktu Ramadan pun banyak lagi syaitan liar tak dikurung. Memisahkan ikut favoritism," katanya.

Tambahnya lagi, situasi ini bagaimanapun jarang berlaku di masjid yang terletak di bandar dan sering dikunjungi jemaah dalam kalangan orang berada.

"Biasanya masjid yang berada di tengah bandar atau di kawasan orang yang berada ini lebih berbudi. Makanannya dah la sedap, tak berkira juga... masjid lawa nak tarawih pun tenang.

Siap ada yang bungkus bawa pulang lagi.

Puan Effy Azman

"Semalam, aku dan mak ayah ada berbuka di salah satu masjid di Skudai, Johor. Masjid ini tidak berkira dalam mengedarkan makanan, setiap tahun makanannya gred A, tahniah," tambahnya lagi.

Puan Effy turut berkongsi senarai masjid yang pernah dikunjunginya atas tujuan berbuka puasa supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Masjid yang dicadangkan itu, katanya, tidak kedekut dalam memberikan makanan untuk berbuka dan tidak pilih bulu.

"Ada yang terus hidangkan makanan berat, ada juga yang solat Maghrib dahulu sebelum menjamu makanan berat.

"Masjid yang tidak berkira untuk mengeluarkan duit bagi orang yang berbuka akan sentiasa menjadi masjid yang diberkati dan AJK sentiasa didoai orang ramai," ujar wanita itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain