BERDEPAN dengan ujian hingga menyebabkan rumah tangga yang dibina runtuh di pertengahan jalan merupakan satu fasa sukar bagi setiap pasangan. Apatah lagi ketika proses penceraian, sama ada suami mahupun isteri masih terbit rasa sayang hingga mula terfikir untuk rujuk semula. Tanpa menjelaskan punca penceraian, seorang wanita meluahkan tentang bekas suami yang mencadangkan untuk mereka merujuk semula namun bersyarat. Perkahwinan yang terjalin kini dalam proses penceraian. -Gambar hiasan "Dia cakap, kalau nak balik (rujuk) dengan dia, baliklah. Dia tak marah tapi tak juga paksa. Tapi lepas ni dia nak duduk kat kampung je, rumah mak bapa dia. "Kalau kami teruskan rumah tangga ni, saya kena tinggal rumah mak bapa dia. Sebab dia tak nak menyewa dah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nampak dia undress, terus ubah niat” - Lelaki kahwin ‘cina buta’ lupa kontrak dengan kawan baik, serba salah dengan isteri pertama ARTIKEL BERKAITAN: Doa dapat suami sebaik malaikat makbul, tapi cerai selepas 7 tahun! Wanita serik taksub dalam berdoa Menerusi satu luahan di grup Facebook, wanita itu berkata suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal bersama ibunya sejak sebelum mereka berpisah lagi. "Suami pernah kata... lagi bagus kalau kami tinggal di kampung, tak payah nak bayar sewa bulan-bulan. Jimat duit'. "Saya tak suka nak tinggal di sana. Nak kena jaga aurat sebab dia ada adik laki. Kadang dia ajak saya tidur di ruang tamu sebab dalam bilik panas. "Saya cakap, takkan nak tidur di ruang tamu. Habis tu, saya kena pakai tudung masa tidur. Dia cakap tak payah pakai. Bukannya ada orang tengok pun," ujarnya. Bagi suami, mereka dapat berjimat sekiranya tinggal di rumah ibu bapanya. -Gambar hiasan Dia yang suka memasak juga nampaknya terpaksa melupakan hasrat itu sekiranya mereka berpindah ke rumah ibu mentuanya. "Saya ni rajin masak, kemas rumah. Masa duk menyewa ni, makanan dah terhidang, saya dah hidangkan nasi dan lauk untuk suami apabila dia balik kerja. "Dia balik je cuci tangan terus makan. Lepas makan, saya basuh, lap meja. Baju semua dah cuci, dah sidai. Rumah dah sapu, dah mop," katanya. Dia nak senang dia je. Tak ada usaha langsung untuk rumah tangga. NETIZEN Namun berbeza apabila tinggal di rumah mentua kerana sentiasa ada saja yang tidak kena sehingga menyekat kebebasannya. Malah dia juga sering ditegur kerana melakukan kerja-kerja di rumah sesuka hati tanpa kebenaran mentuanya. "Apabila saya masak, mak mentua cakap tak payah masak sebab dia yang masak. Apabila saya masak, tak ada siapa pun makan lauk saya masak. Semua makan lauk mak dia masak. "Saya pergi kerja, balik kerja, makan, mandi buat apa yang patut. Saya cuci baju pada waktu malam, esoknya saya sidai sebelum kerja. Cuci baju waktu malam pun jadi masalah," katanya dengan nada kesal. Wanita tertekan terpaksa tidur di ruang tamu di rumah mentua. -Gambar hiasan Bagi wanita itu, dia paling kesal dengan tohmahan yang dilemparkan kakak iparnya yang memperlekehkan mereka kerana masih hidup 'menumpang'. "Kakak ipar cakap kat suami 'tak malu ke duduk rumah mak ayah lama-lama? Kalau aku, aku malu. Kalau tak mampu sangat cari rumah sewa, carilah bilik sewa'. "Itu yang saya menyampah nak tinggal sana lagi. Kami pun terus menyewa, keluar dari rumah tu dan semuanya elok-elok saja," katanya yang bertegas mahu tinggal berasingan kerana enggan berasa tertekan. Luahan wanita itu ternyata mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen, dan pada masa sama berang dengan sikap suami yang pentingkan diri sendiri. "Dia nak senang dia je. Tak ada usaha langsung untuk rumah tangga. Dia fikir senang dia je. "Dalam proses cerai dah kan? Ada anak tak? Kalau tak ada anak, tak payah kembali dah sebab dia nak duduk bawah ketiak mak dia lagi. Buat apa awak nak sakitkan jiwa. "Mahalkan diri tu. Dia tak berusaha jadi suami yang baik, biarkan dia duduk bawah ketiak mak dia. Buat apa nak pertahankan, tak hina pun jadi janda," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube