TEMPOH perkahwinan bukan jaminan bagi mana-mana pasangan untuk tidak berdepan ujian. Lebih parah apabila tanpa disedari pasangan anda sebenarnya mempunyai sisi gelap yang tidak disangka-sangka. Begitulah yang dialami seorang wanita yang sudah berkahwin selama 15 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Berkongsi cerita, dia bersyukur apabila suaminya sentiasa berpegang kepada tanggungjawab daripada segi nafkah dengan menyerahkan semua pendapatannya setiap bulan. Suami menyerahkan semua wang gaji kepada isteri setiap bulan. -Gambar hiasan "Suami saya sejak awal kahwin sampai sekarang... duit gaji, bonus waima dapat duit apapun semua dia bagi pada saya. "Alhamdulillah bab tu saya bersyukur sangat-sangat. Pergi kerja memang saya akan bagi RM10 atau RM15 sebab tempat kerja dekat je dengan rumah. "Lagipun kadang-kadang suami bawa bekal atau pun saya akan pergi hantar dekat dia kalau saya cuti," katanya menerusi satu luahan di grup Facebook. Bagaimanapun katanya, dia diuji apabila mendapat tahu suaminya terjebak dengan mengambil bahan terlarang iaitu dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Suami alim, solat tak tinggal tapi isteri berkerjaya makan hati! Kahwin 21 tahun, duit gaji 5K tetap kena ‘control’ ARTIKEL BERKAITAN: Isteri diberi jawatan ‘pengurus’, dibayar gaji buat kerja rumah... Paling untung siap dapat slip gaji ada KWSP, Perkeso dan cukai pendapatan! Menurutnya, dia tidak menyangka wang belanja yang diberikan kepada si suami digunakan untuk membeli dadah. "Dulu hari-hari suami ambil dadah, duit yang saya bagi tu dia pergi beli. Apabila saya marah, dia janji akan berhenti," katanya. Suami ketagih mengambil bahan terlarang. -Gambar hiasan The Star/AZHAR MAHFOF Namun kerana sayang, dia cuba memberi peluang dan memahami masalah ketagihan suaminya itu. "Saya faham bukan senang nak berhenti apabila dah lama terjebak dengan benda ni. Mungkin dah jadi asbab suami masuk hospital sebab saluran jantung tersumbat dan suami dah mula kurang ambil benda tu. "Apabila ambil, dia akan jadi cepat penat. Sekarang ni suami buat lagi, tapi dalam seminggu dua atau tiga kali je. Alasan dia penat bekerja. "Orang lain penat kerja pun kena ambil benda tu ke? Saya pun penat juga kerja, tapi tak ada pun nak hadap benda macam tu," ujarnya. Katanya sayang saya dan anak-anak. Tapi pada masa sama, dia melukakan hati saya. ISTERI Setiap kali bersuara mengenai isu berkenaan, suaminya hanya diam seribu bahasa sehingga membuatkan dia buntu memikirkan jalan penyelesaian. "Saya dah buntu sekarang ni, hati saya dah kosong. Dah banyak hari saya tak cakap dengan dia. Bagi saya, dia ada dengan tak ada, sama saja. "Saya suruh ceraikan saya, tapi dia tak mahu. Katanya sayang saya dan anak-anak. Tapi pada masa sama, dia melukakan hati saya," katanya lagi. Seorang isteri meluahkan dirinya tidak bahagia. -Gambar hiasan Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya dan menasihatkan agar tidak berputus asa serta terus menyokong suami untuk berubah dan berhenti mengambil barang terlarang itu. "Jangan putus asa. Sekurang-kurangnya dia masih lagi bertanggungjawab dan berikan nafkah. Mungkin itulah salah satu kelemahan dia. Mungkin jalan tu yang Allah pilih untuk awak lebih dekat dengan dia. "Dah tahu suami beli dadah dengan duit belanja tu, tak payahlah bagi duit. Bawakkan bekal, isi siap-siap minyak motor, beli siap-siap rokok. Jangan bagi cash. "Diri dia sendiri kena kuatkan hati nak berhenti. Kena lawan walau sakit mana pun tetap kena hadap. Insya-Allah boleh berhenti. Yang penting sis kena bagi sokongan dan semangat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube