WARGA emas khususnya mereka yang tinggal di kawasan perkampungan sering menjadi sasaran geng penipuan penjualan produk 'kesihatan' mahupun pelaburan atas angin. Selain terpedaya dengan ajakan rakan, segelintirnya lagi terjebak disebabkan keinginan untuk memiliki barang yang sama. Kejadian sama berlaku terhadap seorang wanita warga emas ini apabila dia turut membeli sehelai seluar yang berharga RM800 selepas dimaklumkan tentang manfaat pemakaiannya. Perkara tersebut diceritakan anaknya selepas menyedari wanita tersebut mungkin sudah menjadi mangsa penipuan ejen sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjual produk 'kesihatan' tersebut. Senaman adalah baik untuk kesihatan tubuh badan. -Gambar hiasan The Star "Rasa nak marah je apabila dengar mak beli seluar 'kesihatan' yang berharga RM800 sehelai. "Kawan dia promote suruh beli dan join team... kemudian kena cari tiga orang lagi untuk masuk," ujarnya di laman X. Walaupun sudah dijelaskan harga produk berkenaan tidak munasabah, dia terkejut apabila ibunya berterusan bertegas tentang manfaat kesihatan yang bakal diperoleh jika memakai seluar berkenaan. "Saya rasa macam bingung kejap, adakah seluar 'kesihatan' itu benangnya seluar diperbuat daripada ubat? ARTIKEL BERKAITAN: Pengisar percuma punya hal, wanita lesap hampir 5K! Cakap tak ada wang, promoter ajar cara pindah duit dari akaun Tabung Haji ARTIKEL BERKAITAN: Suami hadiah duit bonus, scammer senang-senang nak kebas... Suri rumah kongsi bagaimana ‘password’ selamatkan dirinya daripada gigit jari "Sampai sekarang rasa nak marah. RM800 bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar tight," luahnya lagi. Bukan sahaja tidak puas hati dengan harga tersebut, malah dia meluahkan rasa terkilan apabila ibunya tidak bertanya pendapat anak-anak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Lebih menyedihkan apabila dia memaklumkan bahawa seluar tersebut dibeli dengan hasil jualan laksa ibunya yang berniaga di tepi jalan. Ibu mentua aku pun beli, dia sakit saraf sebab masalah tulang belakang... datang pula orang macam ni bagi harapan. WARGA MAYA "Rasa tak puas hati, kenapa mak tak tanya saya atau anak-anak yang lain dulu sebelum beli. "Hasil duit mak tu, meniaga laksa tepi jalan. Bukan senang nak dapat RM800... macam tu je habis," ujarnya. Cuba menjelaskan tentang skim MLM tersebut, lelaki ini terkedu apabila ibunya menyatakan cara tersebut boleh membantu mereka mendapatkan duit sampingan. "Bagitahu mak yang ni sistem MLM, mak diam je... kemudian dia kata kita boleh cari duit poket dengan buat ni. "Orang tua-tua bolehlah mereka (promoter MLM) tipu," tambahnya sayu. Laman advokasi kesihatan pernah menyiarkan tentang isu seluar berkenaan Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya cuba membantu mengenalpasti 'skim MLM' yang berkaitan produk kesihatan berkenaan. "Apa-apa perniagaan menjual barang atau perkhidmatan, kalau ada ada ayat 'kena cari ejen bawahan'... itu MLM. Macam scam Skor A sekitar 2010. "Benda ni memang mereka sasar orang tua. Kena counter cara lain cakap dapat beli dengan harga lagi murah atau terus cakap kawan mak pergunakan mak. "Kalau tengok kat website dia banyak testimoni doktor tapi aku still tak percaya selagi tak ada lambang KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Macam mana dengan pakai seluar macam tu je terus penyakit boleh hilang? Segelintir warga maya turut mendedahkan situasi yang berlaku pada keluarga mereka "Aku nak counter benda ni tapi ikut kajian iaitu far infrared radiation (FIR) ni memang terbukti pula. Cuma sistem dia tu aku tak gemar sebab MLM," ujar segelintir netizen. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama kerana terdapat ahli keluarga yang terpedaya dengan produk tersebut. "Ayah saya pun beli. Tahu-tahu sampai kecil je seluarnya... beli sebab 'kesihatan' juga. Apabila dia cakap ketat sangat, seller tu kata seluar tengah berfungsi nak perbaiki urat-urat. "Mak aku ada beli juga. Aku skeptik juga awal-awal, tapi dia kata dia pakai tu berkesan... jadi aku diam je sebab ayat sama 'untuk kesihatan'. "MIL (ibu mentua) aku pun terjebak beli. Dia memang sakit saraf sebab masalah tulang belakang, datang pula orang macam ni bagi harapan," ujar beberapa warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube