SIAPA sahaja yang tidak pernah mengimpikan perkahwinan bahagia dan sempurna. Sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan, setiap individu pasti mahu bertemu dengan pasangan yang berkualiti dan menepati cita rasa. Namun bagi seorang wanita, dia berdepan kesukaran untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya justeru hubungan cinta yang dijalinkan tidak mampu bertahan lama. Setiap individu mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna. -Gambar hiasan Memasuki usia 28 tahun, wanita ini masih membujang sedangkan dia seperti orang lain, tetap memasang impian untuk berumah tangga. "Saya ada keinginan untuk berkahwin tapi bila saya mula berkenalan dengan lelaki dalam lima hingga enam bulan, saya akan rasa bosan. "Saya akan cari alasan untuk tinggalkan dia. Dah kerap kali terjadi perkara ini, kiranya setakat ini ex-BF (bekas teman lelaki) saya dah berbelas orang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sayang, kini menyemak! Pemuda ‘naik hantu’ buang kasut ex awek selepas kantoi curang – “Nanti berjangkit perangai buruk macam badi” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis putus cinta dikecam kerana gambar ‘End of Year Challenge’, "Saya tak kata lelaki itu sampah Memberanikan diri untuk meluahkan isi hati menerusi satu hantaran di laman X, wanita itu mempunyai alasan tersendiri dirinya masih membujang sehingga ke hari ini. "Saya putus tu sebab bosan, dan saya tak yakin untuk berumah tangga dengan dia. Sebab saya ada adik orang kurang upaya (OKU) fizikal," ujarnya. Selain kerjaya, wanita turut menumpukan pada keluarga. -Gambar hiasan Selain adik OKU, dia turut menjalani kehidupan bersama ibu, yang mana kedua-duanya kini merupakan sebahagian daripada hidupnya. Keadaan itu sekali gus mendedahkan kenapa dia tidak yakin setiap kali mengenali orang baharu. "Ayah dah lama tak ada (meninggal dunia). Jadi, antara sebab-sebab ni saya selalu putus cinta. Risau apabila dah kahwin, suami boleh ke terima untuk bawa adik OKU dan ibu saya tinggal sekali? "Keadaan itu membuatkan saya kena pastikan bakal suami seorang yang mempunyai kewangan yang stabil," katanya yang mahu kehidupan selesa bersama suami dan keluarga apabila sudah berkahwin kelak. Perbaiki diri dulu, tak payah nak couple kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab. NETIZEN Di sebalik kebimbangan itu, wanita berkenaan yang berstatus bujang buat masa ini turut mendedahkan mengenai dirinya yang fobia untuk hamil selepas bergelar isteri. "Saya takut mengandung. Bila nikah semua orang nak anak samalah. Saya tak tahu kenapa saya ada perasaan takut mengandung," katanya lagi. Wanita ini mahu lelaki yang stabil dari segi kewangan. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangannya untuk memberi tumpuan kepada keluarganya dan memperbaiki diri terlebih dahulu sehingga menemui calon suami yang tepat. Namun pada masa sama, ada yang melihat dirinya yang membuat hati ramai terluka adalah tidak wajar. "Jangan terus lompat dari lelaki ke lelaki. Makin lama suka buat begitu, makin keras hati nak terus komited. "Awak kena buang dulu trauma dan ketakutan yang ada sebab nanti akan mengganggu perkahwinan. Buat masa sekarang, perbaiki diri dulu, tak payah nak couple kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab. "Lebih baik baiki kewangan sendiri dulu. Sekurang-kurangnya adik dan mak tak harapkan suami bela. Pakai duit sendiri sebab itu keluarga kita," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube