suria

Pelajar aspuri tumbuk rakan sebilik, geram biskut gajus selalu lesap! Rupanya mangsa ada ‘sejarah’ hitam

Selain wang, kes kecurian makanan juga biasa berlaku di asrama. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang pernah menjadi penghuni asrama ketika di bangku sekolah pasti tidak terkecuali berdepan dengan insiden kecurian.

Bukan hanya wang ringgit, malah ada kalanya pakaian, barangan penjagaan peribadi dan makanan turut menjadi sasaran rakan sebilik atau penghuni lain.

Disebabkan itu, maka tidak hairanlah ada di antara 'mangsa kecurian' ini mengambil tindakan yang tidak sepatutnya disebabkan rasa hilang sabar.

Pernah berdepan dengan situasi yang sama, seorang individu bernama Mastura Rashid tampil membuat perkongsian agar kisahnya dapat diambil teladan oleh masyarakat.

"Kisah ni terjadi waktu saya tingkatan satu. Hari kejadian, saya dapat tahu orang yang selalu curi biskut dalam almari saya tu rupanya rakan sebilik. Kebetulan hari itu terkantoi pula.

"Punyalah saya marah. Sebab sebelum tu bersungguh-sungguh dia nafikan bila beberapa kali biskut dalam almari saya hilang.

asrama 1

Kes buli sangat sinonim dengan pelajar asrama. -Gambar sekadar hiasan/Thestar

"Tak dapat tahan marah, berdebuk saya tumbuk muka dia guna tangan yang extra lebar ni. Dah tumbuk, bergaduh pula sampai berguling-guling dalam bilik.

"Sudahnya, akibat diketuk dengan sudu, gigi kapak saya terpecah sedikit. Sampai sekarang pun masih nampak kesan pecah tu," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah pernah jadi mangsa buli, Tengku Hassanal kesal rakyat Pahang bergaduh - “Pelajar sekolah, tolong jangan pukul orang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curi RM85 dipercayai jadi punca pelajar kolej vokasional kena belasah hingga mati

Menurut wanita berkenaan, ketika itu dia gagal mengawal emosi diri apatah lagi makanan yang dicuri itu adalah makanan kegemaran yang dibeli oleh ibu bapanya.

"Biskut gajus tu baru je mak abah belikan di pekan berhampiran. Biskut favourite pula tu.

"Saya nak makan pun jimat-jimat sebab sayang. Iyalah, nak dapat pergi kedai tu bukannya senang kalau mak abah tak datang," ujarnya.

Bagaimanapun tambah wanita ini, selepas insiden pergaduhan tersebut, dia dibelenggu rasa sesal apabila mengetahui 'pencuri' biskutnya itu merupakan anak yatim dan dijaga oleh saudara terdekatnya.

Sebenarnya mak bapa kena ajar berkongsi bagi yang berkemampuan.

NETIZEN

"Yang buat saya lebih sedih, kawan-kawan kata dia selalu dipukul makcik. Kadang-kadang tak diberi makan. Dilayan betul-betul seperti anak terbuang.

"Tak hairanlah selalu sangat saya nampak dia keseorangan apabila tiba minggu outing bersama mak ayah. Yang saya nampak pun dia cuma diambil makcik apabila cuti sekolah saja.

"Mungkin juga dengan lapar akibat tiada duit, hanya makan waktu rasmi dewan makan saja, dia jadi terliur tengok bermacam biskut yang saya ada dalam almari, lalu memilih untuk makan senyap-senyap.

"Ya, tindakannya mencuri memang salah. Tapi lebih salah lagi apabila saya gagal gunakan kewarasan akal fikiran waktu berdepan dengan dia," kongsinya.

Tambah wanita tersebut lagi, dia berharap agar kisahnya dapat dijadikan pengajaran supaya golongan pelajar terdidik dengan sifat ehsan, bertimbang rasa dan sabar ketika berdepan dengan situasi yang sama.

Perkongsian wanita berkenaan di laman Facebook menjadi tular dengan rata-rata warga maya turut berkongsi pandangan serta kisah masing-masing.

komen asrama

Antara netizen yang turut berkongsi kisah dan pengalaman masing-masing.

"Sebenarnya mak bapa kena ajar berkongsi bagi yang berkemampuan. Ada ihsan. Masa anak duduk asrama, saya akan beli makanan yang berlebihan dan pesan makan kongsi-kongsi.

"Pernah dituduh mencuri duit sebab saya suka jenguk barang orang dalam locker yang terbuka. Saya budak kampung je yang tinggal dengan datuk nenek, tak pernahlah jumpa deodorant, minyak wangi dan lain-lain.

"Waktu remaja fikiran belum matang, pastinya guna emosi untuk settle situasi waktu tu. Itulah pentingnya kehadiran orang dewasa, warden yang duduk dekat. Harap sistem dekat Malaysia ni boleh ditambah baik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain