suria

Nota minta maaf muncul selepas 3 hari... Pelaku langgar lari mengaku salah ‘tercium’ kereta, tak lupa selit duit

Nota dan kesan calar pada kereta selepas terlibat kejadian langgar lari.

SIAPA yang tidak geram dan kecewa jika kenderaan kita dilanggar lari.

Bukan setakat langgar lari, lebih menyakitkan hati apabila melihat kesan goresan atau calar yang ditinggalkan si pelaku pada keretanya.

Itulah nasib malang yang dialami oleh seorang individu sebagaimana perkongsian yang dibuat di sebuah grup Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut memuat naik dua keping gambar memaparkan kesan calar pada keretanya akibat dilanggar lari oleh pelaku tidak dikenali.

calar 2

Nota beserta duit yang ditinggalkan oleh individu tidak dikenali selepas terlanggar sebuah kereta Myvi.

Apa yang menarik perhatian netizen, dalam salah satu gambar yang dimuat naik itu adalah nota tulisan tangan daripada pelaku yang meminta maaf kerana tidak sengaja terlanggar keretanya.

"Minta maaf sebab tercium keretamu pada Khamis," demikian nota ringkas yang ditulis pada sekeping kertas.

ARTIKEL BERKAITAN: Nota jujur terlanggar kereta beri kelegaan buat warga Singapura, tak kisah anak peniaga nasi lemak di KL minta tangguh bayar - “Dia kata nilai murni diajar oleh bapanya”

ARTIKEL BERKAITAN: Axia baru keluar kedai kena langgar, owner masih boleh sejuk hati! Pelaku utus surat, selit duit melebihi kos baiki

Bersama-sama dengan nota tersebut, pelaku turut menyertakan not wang kertas RM50 yang berlipat dan tidak dinyatakan jumlah sebenar, sebagai tanda meminta maaf.

Menurut pemilik kenderaan, nota dan wang tersebut ditemui pada keretanya selepas tiga hari insiden keretanya dilanggar iaitu pada Ahad.

Tidak menulis sebarang kapsyen pada perkongsiannya, individu berkenaan sebaliknya hanya meninggalkan emoji 'geram' bagi meluahkan perasaannya.

Bersyukur bang puasa-puasa ni, orang lain tu jangankan duit... minta maaf pun tak ada.

NETIZEN

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap jujur pelaku kerana mengakui kesalahannya melanggar kereta individu berkenaan.

Malah mereka turut menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan supaya berlapang dada dan berbaik sangka dengan ujian yang dilaluinya.

komen calar

Rata-rata netizen memuji sikap jujur individu berkenaan.

"At least dia minta maaf dan bagi duit walaupun harga (kos baik pulih) mahal daripada itu. Daripada langgar lari terus lesap. Pedih!

"Untunglah dia minta maaf lepas tu bagi duit. Kereta aku sampai sekarang nak nangis tengok... dia sagat habis.

"Oklah tu, bagi salah... tak bagi pun salah. Bersyukur bang puasa-puasa ni. Orang lain tu jangankan duit, minta maaf pun tak ada," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain