suria

8 tahun ada lesen masih tak yakin pandu kereta... Wanita teruja BF hadiah stereng mainan ‘drive’ dari tempat penumpang

Hanarii menerima kejutan berupa roda stereng daripada teman lelaki.

“HON dia, hon dia yang (sayang),” kedengaran suara seorang lelaki dalam satu video tular.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang wanita begitu teruja mengendalikan roda stereng mainan mudah alih (steering wheel) di tempat duduk penumpang hadapan, seolah-olah dia sedang memandu kereta tersebut.

“Bila you tak berani memandu, tapi sibuk nak memandu. Jadi, boyfriend bagi penyelesaian. Lesen dah dua kali renew, tapi tak function pun,” tulis wanita itu pada video yang meraih lebih sejuta tontonan.

Berkongsi cerita, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hanarii berkata, stereng mudah alih yang digunakan sebenarnya merupakan hadiah kejutan yang dibuat teman lelakinya.

Namun katanya, apa yang dilakukan di dalam kereta yang dipandu kekasihnya dalam video tular itu dibuat sekadar suka-suka.

“BF saya buat kejutan saja-saja. Tapi saya teruja sebab saya pernah minta untuk guna steering wheel ni dah lama untuk suka-suka.

“Memang tak sangka dia betul-betul beli untuk saya,” katanya kepada mStar.

Turut teruja bercerita lebih lanjut, wanita berusia 28 tahun itu mengakui sudah lama memiliki lesen memandu tetapi tidak mempunyai keberanian untuk mempraktikkannya di jalan raya.

Hanarii teruja menggunakan roda stereng dari tempat duduk penumpang hadapan.

Hanarii berkata dia pernah memandu sebelum ini, cuma pada masa ini tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk memandu lebih kerap.

“Dah lama ada lesen ni, dah lapan tahun selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Zaman universiti dulu berani memandu sekitar universiti sebab jalannya senang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam... rupa-rupanya 2-in-1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik buat silap, gadis ini sering menangis tiap kali ke kelas memandu... ‘kemuncak’ ketakutan nyaris langgar cikgu - “Mungkin sebab perut kosong”

“Selain itu, saya juga memandu ketika balik ke kampung sebab jalan di lebuh raya lurus saja. Jika orang yang memandu penat, saya boleh tolong memandu sekejap.

“Tapi sebab tak ada kereta sendiri, maka saya jarang memandu. Maka tiadalah keberanian tu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Feel betul-betul macam drive tu tak adalah sebab memang tak sama dengan drive betul-betul.

HANARII

Menurut Hanarii lagi, dia sebenarnya berasa tidak yakin untuk memandu di jalan raya yang sibuk seperti di Kuala Lumpur sambil menambah dirinya seorang yang mudah terkejut.

“Saya senang terkejut terutamanya dengan motor yang lalu. Kalau perjalanan jauh di lebuh raya tu bolehlah sebab lurus je jalannya,” katanya.

Hanarii lebih yakin memandu di lebuhraya yang lurus dan tidak sibuk.

Merupakan seorang content creator untuk fesyen dan kecantikan itu, pengalamannya menggunakan roda stereng tersebut ketika kereta bergerak meskipun dari tempat duduk penumpang hadapan ternyata menghiburkan.

Feel betul-betul macam drive tu tak adalah sebab memang tak sama dengan drive betul-betul. Saya hanya nak rasa seronok, teman orang sebelah yang penat memandu. Saya menghargai semua yang memandu secara berhemah,” jelasnya.

Pada masa sama, kata Hanarii, dia lebih memilih untuk tidak memandu sendiri pada masa ini meskipun setelah mencabar diri dengan memegang roda stereng tersebut.

“Kebiasaannya saya akan menggunakan pengangkutan awam jika saya hendak ke tempat tertentu atau menggunakan e-hailing, atau saya pergi bersama boyfriend.

“Lagipun belum ada keperluan untuk saya memandu buat masa ini. Tapi kalau dalam keadaan terpaksa, saya akan memandu. Cuma lambat la sampai,” ujarnya secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain