MALANG tidak berbau. Seorang pemuda sedih apabila kereta miliknya rosak akibat terlanggar sebuah bongkah batu, baru-baru ini. Dalam perkongsian di Facebook, pemuda itu mendakwa batu berkenaan diletakkan oleh peniaga yang bertujuan untuk 'menanda' tapak niaga mereka. Perkongsian dibuat pemuda itu tular di Facebook. "Saya cuma nak meluah sikit. Saya ni suka je beli makanan dekat peniaga dan penjaja tepi jalan. Kenapa mesti letak something dekat parking awam semata-mata nak jaga tapak untuk berniaga? "Kenapa perlu pentingkan diri dan menyusahkan orang lain? Ini bukan soal tak tengok dulu sebelum masuk parking. Benda ni langsung saya tak jangka dan tak perasan ada batu sebesar itu. "Tambahan pula warna simen batu tu seakan-akan jalan tar yang membuatkan orang awam tak perasan kewujudan batu tu di tengah-tengah parking," ujarnya. Impak daripada perkara ini menyenbabkan housing gearbox saya crack. PEMILIK KERETA Mangsa turut berkongsi foto dan video, memaparkan kebocoran yang berlaku pada bahagian bawah keretanya yang didakwa berlaku akibat perlanggaran berkenaan. "Impak daripada perkara ini menyebabkan housing gearbox saya crack. Tolonglah jangan menyusahkan pengguna lain demi kepentingan sendiri," tulisnya lagi. Perkongsian berkenaan dibuat menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 naik lemak ‘bolot’ parkir atas alasan cari rezeki! Kalau tegur, silap hari bulan orang awam dimakinya ARTIKEL BERKAITAN: Jenis B40 berniaga nak capai tahap T20! Pelanggan geram peniaga bazar tak jujur, jual roti john hanya ada kubis dan telur Rata-rata netizen turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang akhirnya menyusahkan orang awam. "Peniaga ce**ka perangai macam ni. Hari tu aku park kereta dalam kotak, ada peniaga warning tak bagi parking sebab dia nak berniaga. "Perangai peniaga jalanan B40 memang macam tu. Sebab tu dah bertahun aku tak pergi bazar Ramadan. "Oo tu jalan warisan nenek dia ke bapa dia? Tu yang dia tanda parking tu. Tangkap layar video yang dikongsi pemuda itu. "Kalau aku, memang aku baling batu atas kedai dia," tulis beberapa netizen. Malah, ada netizen yang mencadangkan peniaga agar menggunakan kon sekiranya mereka mahu menanda tapak niaga. Pada masa sama, netizen turut menggesa pemilik kereta itu agar membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tentang peniaga berkenaan. "Rakam bukti orang yang letak batu kat situ. Report biar PBT yang buat kerja. "Report majlis (perbandaran) sekali supaya tiada tempat penjaja meniaga di kawasan sekitar itu," cadang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube