suria

Selamat tinggal idola... Wanita kecewa influencer kesayangan mekap tebal, filter je lebih sampai ubah warna asal kulit

Kebanyakan pempengaruh produk kecantikan mempunyai kemahiran bersolek. -Gambar hiasan

PEMPENGARUH media sosial atau 'influencer' sering menjadi 'rujukan' masyarakat terutama berkaitan kecantikan dan fesyen terkini.

Setiap ulasan yang dibuat berkaitan sesuatu produk juga nampak lebih meyakinkan dan dipercayai kerana bersesuaian dengan rakyat biasa.

Bagi influencer kecantikan, kemahiran solekan yang dimiliki juga dapat membantu mempromosikan jenama lokal.

Kemahiran solekan dan ulasan yang diberikan menjadikan pempengaruh lebih dipercayai. -Gambar hiasan

Kemahiran solekan dan ulasan yang diberikan menjadikan pempengaruh lebih dipercayai. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, seorang wanita tampil mendedahkan 'sisi gelap' seorang pempengaruh kecantikan yang terkenal di media sosial.

Menerusi hantaran di laman X, dia mendakwa individu tersebut seolah-olah malu dengan warna kulitnya kerana sering menampilkan solekan yang tebal.

Malah katanya, penggunaan bedak asas solekan juga lebih cerah berbanding warna kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Kelantan dihina ‘sek kito’ sendiri, dituduh menipu buat reviu makanan... Air terjun keruh pun dipersalahkan

ARTIKEL BERKAITAN: Sarat drama kontroversi, penuh sensasi... 4 Instafamous, influencer terhangat 2020

"Harap lebih ramai pempengaruh berkulit Melayu yang bangga dengan warna kulit sendiri.

"Kalau kau pakai foundation cerah satu atau dua shades je faham sebab nanti oxidize tapi kalau kulit kau macam medium-tan tapi pakai code paling fair... tolong la, love your very pretty Melayu skin-tone," luahnya.

Kebanyakan pempengaruh buat tutorial make-up guna filter cantik terutama untuk promosi foundation.

WARGA MAYA

Bagi wanita ini, meskipun solekan tidak mempunyai sebarang peraturan atau ketetapan, namun perbezaan ketara warna kulit influencer itu dengan tona sebenar membuatkan dirinya berasa tertipu.

Malah katanya, lebih mengecewakan apabila pempengaruh tersebut merupakan idolanya dan sentiasa menjadi rujukan bagi pembelian alat solek dan produk kecatikan.

"Aku cakap ni sebagai perspektif seseorang yang gembira jumpa influencer ada tona kulit sama dengan aku sebab boleh jadikan dia sebagai rujukan.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

"Tapi apabila tengok... kau kod warna (kulit) karamel tapi pakai snow," luahnya geram.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya turut meluahkan kehairanan apabila terdapat pempengaruh yang seolah-olah tidak mempunyai keyakinan diri.

"Kebanyakan pempengaruh buat tutorial make-up guna filter cantik terutama untuk promosi foundation. Apabila suruh off filter, dia tak mengaku padahal nampak jelas pada kuku dan jarinya.

"Susah nak dapat shades yang sesuai dengan kulit kita kat Malaysia ni.

"Saya kuning langsat, kulit boleh berubah mengikut suhu kepanasan dan kesejukan Malaysia," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain