SIKAP lemah-lembut seorang rakan wanita di tempat kerja membuatkan pemuda ini jatuh hati kepadanya. Namun, tiada apa yang boleh dilakukannya kerana wanita berkenaan merupakan tunang kepada rakannya sendiri. Begitulah situasi dan masalah yang membelenggu lelaki berusia 24 tahun itu yang membuat luahan hati dalam hantaran di laman X. "Macam mana nak hilangkan rasa suka dekat tunang orang? Saya rasa saya tersuka tunang kawan sendiri. Kemesraan pasangan tunang membuatkan lelaki tersebut cemburu. -Gambar hiasan 'Kami semua satu tempat kerja. Saya suka dia sebab perangai dan akhlak dia yang ayu. "Tak bercakap sangat dengan lelaki satu tempat kerja," jelas pemuda tanpa nama itu. Bercerita lanjut, katanya, pasangan tunang itu dilihat sangat mesra setiap kali mereka bersama. Kemesraan di antara kedua-dua mereka membuatkan lelaki tersebut berasa cemburu dan iri hati. ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tak peduli tentang majlis, wanita warning bakal tunang ‘dirinya ramai peminat’! Boleh pilih lelaki lain jadi suami ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut encik tunang ‘ikat’ ramai perempuan serentak! Berkeras lelaki ada hak pilih calon paling layak jadi isteri Dalam masa sama timbul rasa bersalah dalam dirinya memandangkan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. "Dia layan tunang dia bagus sangat. Kadang saya cemburu apabila mereka dating post gambar. "Saya tahu saya salah. Kalau boleh nak hilangkan rasa ni sebab mereka nak nikah tahun ni juga," ujarnya. Hantaran dibuat ini mendapat respons netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan perasaan yang terbit dalam hati lelaki itu. Bagaimanapun, ada juga yang memberikan idea dan pendapat bernas sebagaimana diharapkan oleh pengadu. Yang dilarang adalah apabila kita cuba untuk mengambil tunang seseorang itu menjadi milik kita. USTAZ AZHAR IDRUS PENCERAMAH BEBAS "Tanya diri awak semula. Awak suka perempuan tu atau mahukan pasangan yang bersikap seperti itu? Pergi habiskan masa dengan hobi awak atau apa-apa. Setiap kali teringat dekat dia cepat-cepat sedar yang orang kau suka tu tunang orang. Tergamak awak nak buat macam tu dekat kawan sendiri? "Awak suka tengok benda yang bagus dekat perempuan tu je. Hubungan orang... yang buruk-buruk mana kita nampak. Nanti kalau dapat pun, boleh ke terima perangai perempuan tu yang awak tak suka? Faham sendiri la," antara komen netizen. Untuk makluman, merampas seseorang yang diketahui sudah bertunang merupakan satu kesalahan di sisi agama. Sebelum ini, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah mengulas mengenai rasa sayang yang timbul terhadap tunang orang dalam satu sedutan video dikongsikan. Komen netizen pada hantaran asal. Menjelaskan perkara itu, penceramah bebas itu berkata, tindakan sedemikian boleh mengundang kemurkaan Allah kerana hukumnya adalah haram dan berdosa besar. "Kadang-kadang kita ada rasa sayang pada seseorang walaupun dia sudah menjadi tunang seseorang. Itu tidak ada masalah. "Tapi kita perlu kawal perasaan itu. Yang dilarang adalah apabila kita cuba untuk mengambil tunang seseorang itu menjadi milik kita. "Tidak boleh. Jangan kamu meminang seseorang atas pinangan. (Dia) sudah menjadi tunang orang, kita pergi pinang. Tetapi sekiranya dia belum bertunang lagi, hukumnya tidak haram," ujar Azhar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube