suria

Lelaki ‘tersakiti’... Tak boleh terima hakikat ada perempuan ‘reject’ calon suami perokok, hisap vape

Ada sesetengah wanita menolak perokok atau penghisap vape sebagai calon suaminya. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan, setiap individu pasti meletakkan ciri-ciri atau kriteria tertentu untuk seseorang yang ingin dijadikan pasangan hidup.

Bagi kaum Hawa, sudah pastilah mereka lebih teliti dalam soal pemilihan jodoh kerana lagi lelaki yang dipilih bukan sekadar mahu dijadikan suami, tetapi imam yang akan mengetuai keluarga kelak.

Selain soal kedudukan kewangan, antara perkara yang 'ditapis' sebelum memilih bakal suami adalah dari segi perwatakan atau gaya hidup.

Baru-baru ini kecoh di laman X selepas seorang wanita yang mencuba nasib mencari jodoh, dikecam gara-gara salah satu kriteria suami yang diletakkannya adalah lelaki yang bebas rokok dan vape.

rokok 2 new

Tidak semua wanita terbuka menerima lelaki perokok atau penghisap vape sebagai pasangan hidup mereka. -Gambar hiasan

"Tak nak vape, smoking... tapi dia pun tak diet," komen seorang pelayar, merujuk kepada fizikal wanita berkenaan.

Susulan itu, seorang individu tampil bersuara bagi mempertahankan wanita berkenaan yang merupakan rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada yang sudi! Sering kena ‘reject’ sebab rendah, lelaki ini tak sangka tepati 14 ciri calon suami wanita kenal di Tinder

"Ada si bodoh offended dengan requirement cari jodoh tak nak lelaki vape atau smoking. Dia pun terus attack fizikal orang.

"Korang tak pernah jumpa family yang tak ada smoker langsung ke?

"Meh aku beritahu, bau asap (vape/rokok) boleh buat orang lemas especially yang membesar dalam keluarga yang bebas asap. Macam mana nak hidup bersama kalau lemas?

"Ada orang yang ada asma dalam keluarga. Macam mana nak hidup bersama kalau kau boleh bunuh dia?" pertahan individu berkenaan.

Ramai lelaki poyo rasa dengan merokok membuatkan mereka lebih macho dan maskulin.

NETIZEN

Tambah individu berkenaan, terdapat sesetengah ibu bapa yang sangat tegas bersabit soal calon suami yang akan dipilih anak perempuan mereka, dan meletakkan syarat 'bebas rokok' sebelum bersetuju menerimanya sebagai menantu.

"Ada parents yang tak nak menantu vape atau smoking sebab perbuatan tu haram.

"So dari kecil dah pesan dekat anak, cari pasangan yang tak smoking. Dan ya, keluarga itu keluarga aku," tulisnya.

Perkongsian individu berkenaan meraih sehingga lebih 8,000 ulang kicau, dengan kebanyakan warga maya turut menyokong pendapatnya.

rokok komen

Sebahagian netizen turut menyokong pandangan individu berkenaan.

"Patut normalize cari lelaki tak merokok. Menyusahkan orang. Membazir. Nak jadi ketua keluarga macam mana kalau hisap benda haram.

"Orang bod** yang terasa. Jangan risau sis, masih ada lelaki yang tak vape, tak merokok! Yakinlah.

"Saya literally akan sakit dada sampai tak boleh tidur sometimes kalau bau asap rokok atau vape, tidur dengan ice pack sebab dada naik inflammation.

"Ramai lelaki poyo rasa dengan merokok membuatkan mereka lebih macho dan maskulin. Bang, solat awal waktu, ajar anak al-Quran baru macho dan maskulin bang. Mulut busuk tak macho," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain