SEGELINTIR umat Islam yang terpaksa bekerja pada pagi Aidilfitri pasti akan berasa sedih dan pilu kerana tidak dapat meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta. Berbeza pula dengan wanita ini apabila kemeriahan sambutan tetap dirasai meskipun berada jauh di Timur Tengah kerana tuntutan kerja sebagai jururawat. Berkongsi cerita dengan mStar, Norshafiqah Che Noh berkata, dia tidak dapat pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan kerana mengikut giliran bertugas. “Untuk pulang bercuti, di sini dibenarkan balik tiga hingga empat bulan sekali. Biasanya cuti hari raya perlu bergilir-gilir dengan pekerja Malaysia yang lain, saya dah balik tahun lepas jadi kali ini saya pulang pada Aidiladha. Bekerja di Arab Saudi merupakan pilihannya. “Sambutan Aidilfitri di Arab Saudi sememangnya meriah kerana ramai orang Malaysia, yang membawa keluarga masing-masing untuk beraya bersama di samping majlis rumah terbuka,” katanya yang sudah tiga tahun menetap di sana. Tambahan pula, ujarnya, pekerja berpeluang bercuti selama sebulan dan paling menarik apabila sepanjang tempoh tersebut, gaji bulanan tetap berjalan seperti biasa. “Alhamdullillah keluarga saya sangat memahami, kerana katanya apabila saya bercuti je pasti akan menyeronokkan. “Maklum la, cuti sebulan tapi gaji tetap berjalan seperti biasa. Tidak seperti Malaysia, balik beraya maksimum hanya lima hari dan jika ia diluluskan,” luahnya gembira. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini simpati nasib anak perantau tak dapat balik kampung... harap rendang, lemang percuma yang dihantar malam raya ubat kerinduan masakan ibu ARTIKEL BERKAITAN: Balik raya setahun sekali tapi banyak ‘complaint’ cara adik-beradik di kampung jaga mak ayah... Ini pesan kaunselor keluarga! Turut membandingkan pengalaman berkhidmat antara dua negara, ujar wanita berusia 29 tahun ini, golongan bujang sepertinya sering dinafikan ‘hak’ apabila ingin memohon cuti raya. Malah, kebiasaannya perlu memberi keutamaan kepada rakan yang sudah berkahwin. Dia yang mesra disapa Syafie pernah meluahkan hasrat untuk membawa ibunya menikmati suasana raya di Arab Saudi, bagaimanapun ia sukar dilakukan kerana ibunya yang merupakan 'orang lama' lebih mengutamakan tradisi. Ramai je usik dengan pak Arab tapi saya minat orang Malaysia, cuma orang Malaysia pula tak sudi. SYAFIE Merupakan anak kedua daripada tiga beradik, dia memilih berhijrah ke negara Arab kerana peluang kerjaya di samping pelbagai manfaat pekerjaan yang menarik. “Sebelum ni saya bekerja di KPJ Damansara selama enam tahun. Saya mengetahui tentang peluang pekerjaan di Arab Saudi ketika menyambung pembelajaran Diploma Kejururawatan di KPJ Nursing College Nilai di Negeri Sembilan. “Ketika itu pensyarah selalu bercerita tentang peluang pekerjaan di Saudi dengan benefit yang banyak. “Perkara lain yang mendorong saya untuk berhijrah adalah kekangan kerja di Malaysia untuk jururawat yang kerja lebih daripada skop tugasan tapi bayaran yang tak seberapa,” luahnya. Syafie sering meluangkan masa melawat lokasi menarik di Arab Saudi. Bukan itu sahaja, situasi kewangan tersebut membuatkan dia terpaksa berkira-kira jika ingin memberi wang belanja kepada orang tua. Mengimbau kembali detik permulaan ketika mula menjejakkan kaki di bumi yang kaya dengan petroleum itu, ujarnya, kehidupan yang dilalui tidaklah mudah kerana bahasa utama adalah bahasa Arab. “Ketika pertama kali sampai memang sangat janggal dan homesick kerana tidak mengenali sesiapa yang berada di sini. Syafie bersama ahli keluarganya dari Pasir Mas. “Saya pula seorang yang introvert jadi rasa malu untuk bertanya, tambahan pula saya tidak mengetahui bahasa Arab walaupun sekadar nombor. “Ketika mahu bercakap dengan orang-orang di sini, ayat yang saya gunakan hanyalah ‘mafi maklum’ iaitu tidak faham dan juga ‘ana jadid’ iaitu saya baharu,” ujarnya yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dan isyarat tangan sebagai pengantaraan. Berkongsi tentang diri pula, dia yang masih belum mendirikan rumah tangga sering kali diusik dengan jodoh dari tanah Arab kerana sudah berkhidmat di sana sejak Disember 2021. “Ramai je usik dengan pak Arab tapi saya minat orang Malaysia, cuma orang Malaysia pula tak sudi. Lagipun kat sini, saya dah aim datang untuk kerja dan relaks je... so far memang tengok pak Arab, pandang sebelah mata pun tak mahu,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube