suria

Sejam tunggu tak sampai-sampai, rupanya ‘walker’ penghantar makanan ambil ‘job’ 10km! - “Nak gigih biar bertempat”

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pekerja sektor gig. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan yang penuh ranjau, seseorang itu harus berusaha keras demi nasib diri yang lebih terjamin.

Pelbagai bentuk pekerjaan yang boleh dilakukan dengan penuh iltizam, antaranya sektor gig seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan.

Baru-baru ini tular ciapan di laman X, seorang pelanggan berkongsikan rasa simpati dengan seorang penghantar makanan yang sanggup berjalan kaki sehingga hampir 10 kilometer jauhnya untuk menghantar pesanan.

Penghantar makanan kebiasaannya akan menggunakan motosikal untuk menghantar pesanan. -Gambar hiasan

Menurut pelanggan lelaki itu, dia pada mulanya berasa hairan mengapa pesanannya lewat tiba lalu bertindak menghubungi penghantar makanan terbabit menerusi aplikasi perkhidmatan.

"Malam tadi punya cerita, baru nak marah kenapa makanan lambat sampai sebab dah sejam lebih aku tunggu. Restorannya cuma dekat Ampang, nak ke rumah aku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Apabila saya tanya rupanya dia kategori walker iaitu penghantar yang berjalan kaki. Allahu tak sangka ada juga penghantar makanan sanggup jalan kaki, selalu nampak naik motosikal atau kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan gigih buka pintu kaca nak bagi abang rider makanan rupanya dah 2 tahun buat kerja amal

"Hidup sekarang ramai yang tengah bersusah payah cari rezeki halal, semoga dipermudahkan urusan abang ni dan ada ganjaran melimpah-ruah yang menantinya," ujar lelaki itu memberikan kata-kata semangat.

Turut disertakan bersama ciapan itu adalah tangkap layar memaparkan perbualan antara lelaki itu dan penghantar makanan terbabit.

"Maaf lambat, saya bukan rider, saya walker. Sedang dalam perjalanan, saya tak cukup duit nak beli motosikal," jelas penghantar makanan itu.

Kalau perlukan job sekalipun jangan sampai susahkan pelanggan... gigih biar bertempat.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, segelintir pelayar meragui mengapa penghantar makanan itu memilih untuk menerima pesanan jika mengetahui jarak penghantaran yang jauh.

"Ampang ke Bukit Bintang jauh tu, macam mana boleh dapat order, rasanya walker maksimum dua kilometer je? Saya rasa mungkin tak ramai rider dekat kawasan sekitar waktu tu, sebab ramai balik raya kan. Kalau tolak nanti rating jatuh.

"Tapi bagi aku penghantar makanan ni macam salah juga, dia kena faham yang pelanggan tak tahu dia datang dengan apa untuk hantar makanan. Kalau pelanggan tengah lapar nak berbuka, lepas tu kena tunggu sampai sejam, aku pun angin.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Apabila kita tanya dijawab, saya walker, tak boleh macam tu, jangan sepanjang masa harapkan pelanggan untuk memahami. Kalau perlukan job sekalipun jangan sampai susahkan pelanggan. Nak gigih tu biar bertempat.

"Semoga ada yang sudi taja motosikal untuk abang ni, hidup sekarang susah," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain