SAMA seperti orang lain, pempengaruh dan pencipta kandungan Muhammad Iyzdham Ang Kim Hwa juga meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Memilih untuk beraya di Ipoh, Perak, Iyzdham, 26, mengakui banyak perubahan yang berlaku sejak dia mula dikenali ramai dan bergelar personaliti media sosial. Paling menggembirakan kata Iyzdham, dia bersyukur dengan tawaran kerja yang berterusan, sekali gus membuka pintu rezeki untuk dia berbakti dan memberi lebih banyak kepada ahli keluarga. Iyzdham meraikan lebaran di Ipoh, Perak. "Saya akan beraya di Ipoh. Untuk tahun ini, saya cuti selama enam hari. Dulu saya masih bergelar pelajar, ini tahun pertama saya mempunyai pendapatan yang stabil. "Saya memang dah pasang niat untuk beri wang pada keluarga dan kanak-kanak. Ini antara perkara yang saya paling bersyukur sepanjang karier sebagai pempengaruh. "Tak pernah sangka jadi macam ni. Tapi Alhamdulillah satu persatu rezeki datang," ujar graduan bidang undang-undang dari Universiti Malaya (UM) itu kepada mStar. Saya juga berniat untuk dermakan wang kepada masjid-masjid dan rumah anak yatim. MUHAMMAD IYZDHAM ANG KIM HWA PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL Bukan sekadar ingin berbakti kepada keluarga, Iyzdham berkata dia juga mahu mengagihkan rezeki sempena bulan mulia ini dengan mereka yang memerlukan. "Saya dapat rezeki lebih kali ini. Jadi saya berniat untuk dermakan wang kepada masjid-masjid dan rumah anak yatim. Memang itu niat saya," ujarnya yang laris menerima pelbagai undangan dan tawaran kerja sepanjang Ramadan. Bercerita mengenai raya kali ini, Iyzdham berkata dia menyediakan tiga helai baju Melayu dan ibunya memilih rona hijau zaitun untuk digayakan pada Syawal pertama. ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka tubuh gagah berotot ini makin jadi buruan jenama popular... Rupanya bukan ‘tin’ kosong, bakal jadi peguam tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous masih terkesan bapa ‘pergi’ mengejut, ibu beri semangat sambut Aidilfitri - “Saya pernah kumpul duit raya sampai RM1,500” Tambah Iyzdham, rumah keluarganya juga akan menjadi lokasi sanak saudara berkumpul memandangkan datuk dan neneknya telah pergi menghadap Ilahi beberapa tahun lalu. "Setakat ini saya dah sediakan baju untuk hari raya pertama, kedua dan ketiga. Untuk hari raya pertama memang biasanya ibu yang akan tentukan warna. Jadi untuk tahun ini, kami akan pakai warna hijau zaitun. "Di sebalik kemeriahan raya, sebenarnya agak sedih sebab kami dah tak ada kampung sejak datuk dan nenek belah ibu dan ayah dah meninggal. Kami jemput saudara-mara datang ke rumah. Rezeki Iyzdham mencurah-curah sepanjang Ramadan dengan pelbagai undangan dan tawaran. "Rumah keluarga saya di Ipoh menggantikan rumah datuk dan nenek di Taiping. Sejak beberapa tahun ini memang saudara-mara akan beraya di rumah kami saja," ujar jejaka berdarah kacukan Melayu-Cina itu. Mengimbau kenangan raya, Iyzdham yang mempunyai empat orang adik beradik mengakui tidak begitu gemar bermain mercun. "Saya sebenarnya agak takut nak main mercun. Takut cedera. Kalau mercun yang tidak berbahaya dan bunga api saya okey saja. Lagi pun kami dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas, sebab tu tak main mercun. Iyzdham miliki lebih 150,000 pengikut di media sosial. "Kalau juadah raya pula, saya rasa wajib ada rendang daging. Tak tahu kenapa, tapi saya lebih suka rendang daging berbanding rendang ayam. Begitu juga dengan lemang. Saya lebih suka lemang berbanding ketupat. "Berat badan saya dah banyak turun semasa Ramadan. Saya main gim kena bulking. Jadi saya akan makan banyak-banyak masa raya," ujarnya berseloroh. Untuk rekod, Iyzdham mempunyai 174,000 pengikut di platform X dan 145,000 pengikut di laman Instagram. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube