suria

Pelik orang sanggup beratur panjang di kedai viral, wanita judgemental berubah selepas ‘terciduk’ ditegur rakan

Tidak wajar menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa usul periksa. -Gambar hiasan

TIADA manusia sempurna di dunia ini, malah setiap daripada kita pasti tak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, setiap insan boleh mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu dan berhak mendapat peluang kedua untuk memperbaiki diri.

Melalui hantaran tular di laman X, seorang wanita mengakui dirinya memiliki satu sifat buruk dan berkongsi proses yang dilalui untuk mengubah tabiat tersebut.

Tiada siapa yang tahu isi hati seorang manusia. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia sebelum ini sudah terbiasa menghakimi serta memandang serong terhadap orang di sekeliling tanpa mengetahui latar belakang dan kisah hidup mereka terlebih dahulu.

"Saya teringat satu kejadian ni, di mana saya terlepas cakap sesuatu yang kurang enak untuk didengari. Saya kongsikan ni supaya mereka di luar sana yang cepat untuk menghakimi orang lain boleh bersama ambil pengajaran.

"Jadi ayuh kita mulakan. Saya ni sejenis yang benci untuk beratur lama berjam-jam demi dapatkan makanan viral. Tak nampak apa faedahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu mula rasa benci, mentua asyik minta duit! Pelik wang belanja RM7,500 sebulan tak pernah cukup

"Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu saya lalu di depan sebuah gerai makan yang ramai 'gila' orang. Saya pun cakap macam ni apabila nampak keadaan begitu, mereka semua ni tak pandai menghargai masa ke?

"Lepas tu kawan saya balas satu ayat ni yang membuatkan saya tersentap. Kini saya sedar yang kita masing-masing jalani kehidupan dengan cara berbeza-beza. Apa hak saya untuk berkata yang sebaliknya," ujar wanita tersebut.

Ternyata rakannya itu membuat satu perbandingan yang berjaya membuka mata dan mindanya.

"Kawan saya tu cakap macam ni, setiap orang ada cara tersendiri untuk dapatkan ketenangan hidup. Ada yang suka memancing, tak kisah tunggu lama sebab rasa puas apabila dapat tangkap ikan.

Kita tak payah la menyibuk tentang orang, selagi dia tak menyalahi undang-undang atau melanggar batasan agama.

WARGA MAYA

"Sama juga macam awak, sanggup bersesak di taman tema sebab nak naik rollercoaster. Kalau ikutkan benda tu pun buang masa tapi yang pentingnya awak seronok.

"Begitulah juga mereka yang beratur panjang di restoran viral, mungkin itu cara mereka untuk menikmati kehidupan. Mereka tak menyakiti sesiapa pun, kenapa kita pula nak panas punggung?

"Perspektif kawan saya tu membuatkan saya sedar daripada terus beranggapan diri saya sahaja yang betul," ujarnya menutup bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman sama dan menggariskan kepentingan untuk bersangka baik.

"Saya dulu pernah fikir aktiviti 'kejar' benda viral ni sebagai membazir masa, kemudian saya sedar, saya dok layari internet shopping barang sampai setengah hari, itu pun buang masa juga.

"Saya antara yang mereka yang sanggup beratur panjang di restoran viral, isteri saya mengidam tapi dia lumpuh dan susah nak bergerak, itu yang saya pergi belikan.

"Kita tak payah la menyibuk tentang orang, selagi dia tak menyalahi undang-undang atau melanggar batasan agama, biarkan sahaja," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain