BAGI mereka yang mempunyai kampung halaman, pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri menjadi satu kemestian kerana kemeriahannya cukup berbeza berbanding di bandar. Namun pagi Aidilfitri wanita ini tercemar dengan kehadiran seorang lelaki berusia ke rumah keluarganya di kampung gara-gara bermulut lancang. Cerita Nuradiba Syahira Rusli, 30, hatinya hancur dan kecewa apabila lelaki yang hanya penduduk kampung tanpa sebarang pertalian darah itu begitu berani menyindir dia dan suami yang masih belum dikurniakan zuriat. "Saya maafkan semua kecuali pakcik mulut puaka yang datang raya pertama dan cakap dengan suami saya dengan nada puaka. Baru nampak muka kau kat dekat kampung ni. Ni pun kau baru keluar bilik, lepas tu sibuk kerja sahaja, patutlah tak dapat anak. "Patutlah tak dapat anak? Memang rezeki anak kau yang bagi ke pakcik?" luahnya penuh emosi menerusi perkongsian di TikTok. Perkataan yang dilontarkan haruslah dijaga supaya tidak mengguris mana-mana pihak. -Foto Adiba Syahira Hingga kini perkongsian Nuradiba yang merupakan seorang perancang kewangan meraih lebih 400,000 tontonan di TikTok. Bercakap kepada mStar, kata Nuradiba ini bukan kali pertama dia berdepan masalah dengan lelaki yang sama, bahkan abang iparnya juga pernah melalui perkara yang sama namun mereka hanya berdiam diri. "Waktu kali pertama dia berjumpa dengan saya adalah ketika bersanding, tapi bukan berkaitan dengan anak tapi mengenai kerja. Tapi perkara yang dia kaitkan tu buatkan saya tergamam. "Tapi disebabkan itu kali pertama berjumpa dia, saya tunjukkan rasa hormat dan hanya membalas dengan senyuman. Tapi kali ni dia cakap soal anak yang saya rasa tak perlu ditanya pun," kata Adiba pada mStar. ARTIKEL BERKAITAN:11 tahun kahwin, suami isteri kekal pendirian tak mahu zuriat! Bahagia berdua, kagum lihat orang lain cekal besarkan anak ARTIKEL BERKAITAN:Bawa cucu makan tapi tak berduit, tauke kedai tengking datuk, nenek... Rupanya menantu sepatutnya datang bayar terbabit kemalangan Cerita Nuradiba lagi, ketika lelaki berkenaan membangkitkan isu zuriat kepada suaminya, dia sedang berada di dalam bilik selepas selesai melakukan kerja-kerja di dapur sebelum menyambut kedatangan tetamu datang beraya. Tegas wanita itu, lelaki berkenaan yang sudah berusia sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menegur tentang isu sensitif seperti zuriat secara terbuka lebih-lebih lagi mereka bukanlan saudara-mara. "Kami ni dah empat bulan lebih duduk di kampung sambil tunggu rumah siap. Apa yang tak ada di kampungnya? Masa duduk di Kuala Lumpur (KL) pun selalu juga ulang alik ke kampung tiap minggu. Kau tu pakcik yang baru setahun sekali datang rumah. Apabila orang cakap tak ada usaha untuk dapatkan zuriat, saya agak sedih... siapa mereka untuk berkata sedemikian. NURADIBA SYAHIRA RUSLI "Masa dia datang beraya tu pun saya baru saja selesai tolong di dapur. Suami saya dah siap awal jadi dia pergi ke ruang tamu dulu. Saya baru saja nak masuk bilik, dah kena (sindir) macam ni. Kami tak kacau pun pakcik puaka tu," kata Nuradiba lagi. Menerusi akaun Tik Tok miliknya, dia tidak kecewa kerana ditegur mengenai zuriat namun perasaan sebak dan sedih itu lebih kepada apabila melihat suaminya yang sedang menaharan kemarahan terhadapa lelaki tua tersebut. Tambah Nuradiba, dia sebelum ini tidak terasa hati apabila ada pihak membangkitkan soal zuriat namun jiwanya kacau selepas melihat reaksi suaminya. "Saya tak sensitif langsung pun pasal anak sebab baru sahaja setahun lebih kahwin. No rush, kami pun enjoy lagi. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan zuriat. -Gambar hiasan. "Tapi apabila suami saya masuk bilik cakap sambil genggam penumbuk dan bergetar suara dia, saya rasa sebak dan nangis. Elok juga suami saya dah sound dia. Baru kena buku dengan ruas. "Lepas ni bukan suami aku, dengan aku sekali sembur dia, nasib dia baik saya tak ada masa tu," adunya lagi. Dalam pada itu Nuradiba berkata sebagai manusia, dia berasa sedih apabila dikatakan tidak berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun pada hakikatnya mereka sudah melakukan pelbagai ikhtiar. "Apabila orang cakap tak ada usaha untuk dapatkan zuriat, sejujurnya saya agak sedih, siapa mereka untuk berkata sedemikian. Hanya saya dan suami sahaja tahu apa usaha kami. Walaupun sibuk dengan kerja pun kami dah cuba sedaya upaya dah untuk dapatkan anak. "Jadi apabila orang cakap macam tu, saya sedih sebab mereka tak tahu apa yang berlaku antara saya dan suami. Memang dah usaha dan cuma tak diberikan rezeki lagi. Saya hanya minta doa yang baik-baik sahaja," kata Adiba. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube