suria

Ibu bapa muka tak malu, hari-hari ‘spam’ grup WhatsApp minta duit raya! Paling syahdu guna ayat ‘semoga ada rezeki untuk anak’

Hari raya dimeriahkan dengan tradisi pemberian duit raya. -Gambar hiasan

SYAWAL lebih meriah dan berseri dengan pemberian duit raya daripada kenalan serta sanak-saudara.

Kebiasaannya duit raya akan diberikan oleh mereka yang lebih dewasa kepada kanak-kanak, remaja atau individu yang belum bekerja.

Namun, melalui satu pendedahan di laman X, warga maya dikejutkan dengan perangai 'tebal muka' segelintir pihak untuk mengemis duit raya bagi kepentingan sendiri menggunakan alasan 'rezeki anak'.

Amalan duit raya sudah sebati dalam masyarakat. -Gambar hiasan

Menerusi tangkap layar yang disertakan, dipaparkan mesej daripada ibu bapa dalam aplikasi WhatsApp meminta duit raya mewakili anak mereka menggunakan kod QR.

Kerenah yang kurang semenggah itu mendorong seorang individu untuk tampil meluahkan ketidakpuasan hati mengenai amalan terbabit.

"Maaf la kalau terasa tapi kenapa ada yang sanggup bertalu-talu hantar kod QR di WhatsApp minta duit raya untuk anak. Sampai setiap hari dihantarnya, selagi kita tak bagi, selagi tu dia minta.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak dah ‘all out’ masak, tapi sampai malam tetamu tak muncul... Kena tanya baru beritahu tak jadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang terkedu adik bongsu masih bersekolah beri duit raya, ‘kunci mulut’ enggan beritahu sebab nangis teresak-esak

"Awak kalau pergi beraya rumah orang memang akan meminta-minta duit raya dengan tuan rumah ke? Konsep duit raya ni tak perlu sampai merayu, kalau orang tu nak bagi, dia akan bagi.

"Tunjuk la contoh yang baik kepada anak-anak. Jaga air muka suami dan ahli keluarga yang lain. Jangan biasakan budaya meminta ni.

"Saya jujur cakap, saya seorang yang suka memberi tapi saya cukup tak gemar golongan yang meminta ini," kata individu itu menyuarakan rasa kesalnya.

Ibu bapa yang melebih-lebih kempunan duit, mungkin ekonomi teruk sangat sampai terdesak macam ni.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata amalan meminta duit raya secara digital semakin menjadi-jadi pada bulan Syawal tahun ini.

"Memang ramai menagih duit raya tahun ni. Antara skrip mereka dalam grup famili... Assalamualaikum, selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh keluarga. Mana tahu ada yang sudi berkongsi rezeki duit raya dengan anak.

"Saya memang tak layan jenis macam ni, saya bagi bluetick je. Dekat grup Facebook tu lagi bersepah yang minta duit raya, contoh ayat yang mereka duduk ulang... semoga ada rezeki untuk anak, mari berkongsi rezeki seikhlas hati.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kesian nama anak kena jual, padahal mereka tak tahu apa-apa pun. Ibu bapa yang melebih-lebih kempunan duit, mungkin ekonomi teruk sangat sampai terdesak macam ni.

"Kalau nak tahu, keluarga besar saya ada yang dah kahwin dan bekerja ikut minta duit raya, tak tahu malu betul," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain