suria

Angkara siapa? Timbunan beg beras, lambakan stok makanan di kawasan pembuangan sampah cetus tanda tanya

Timbunan beg beras serta stok makanan yang dibuang dan dibakar di tapak pembuangan sampah di Kuala Krau.

TIMBUNAN beg beras dalam jumlah yang besar, dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang, menjadi tular sekali gus menimbulkan persoalan ramai.

Menerusi klip video dan gambar-gambar yang tersebar di media sosial sejak Khamis, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Kampung Gunung Senyum-Rumpun Makmur, Kuala Krau.

Bukan hanya beg beras, difahamkan pelbagai lagi stok makanan kering dalam kuantiti yang banyak turut dilonggokkan di lokasi yang sama.

BERAS 2

Tepung gandum, mihun dan pelbagai lagi stok barang makanan turut dibuang.

"Kenapa buang beras ni, kenapa tak bagi kepada orang? Kalau ada bubuk sekali pun, masih boleh bersihkan.

"Apakah ini stok banjir yang terperap tak digunakan? Info mengatakan sardin, mi, teh uncang, tepung gandum dan masih ada barangan yang belum expired.

"Persoalannya pihak mana yang buang dan kenapa?" demikian satu perkongsian yang dibuat seorang individu di sebuah laman grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Beras bertimbun yang dibuang rupanya milik bekas MP Kuala Krau, beri penjelasan sebab dilupuskan

ARTIKEL BERKAITAN: Padah letak harga mahal, KPDN serbu kedai ikan bakar di Pulau Pangkor

Dalam kemas kini hantarannya, individu berkenaan memaklumkan bahawa ada pihak yang membakar stok barangan makanan berkenaan selepas ia tular.

Individu tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan timbunan stok makanan yang dibuang dan dibakar di kawasan berkenaan.

Dalam masa yang sama, dia menggesa agar pihak yang berkaitan melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Cubaan hapus barang bukti sorok barangan terkawal.

NETIZEN

Sementara itu di ruangan komen, warga maya memberikan pelbagai teori berhubung kejadian berkenaan.

Ada yang mengaitkan stok berkenaan disorok oleh pihak tertentu sehingga melepasi tarikh luput dan akhirnya dibuang.

"Cubaan hapus barang bukti sorok barangan terkawal. Kalau boleh cari resit-resit kedai atau alamat boleh bantu Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) siasat," komen seorang netizen.

Namun ada berpendapat bahawa stok berkenaan adalah barang bantuan ketika bencana banjir sebelum ini yang sudah rosak.

BERAS 3

Sebahagian stok barangan makanan yang dibuang didakwa masih belum melepasi tarikh luput.

"Barang bantuan banjir gamaknya.

"Stok bantuan banjir ke ni? Tak habis agihkan?

"Kalau iya pun dah expired, itu tandanya pengurusan tak cakna. Boleh je bertindak awal daripada membazir sedemikian rupa," komen netizen lain pula.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan berhubung insiden sedemikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain