suria

Bukan keluarga senang, tak mampu beli rumah sendiri... Wanita terasa hati kakak ipar tuduh mentua ‘payung’ kos balik beraya di kampung

Ada ibu bapa membantu anak yang berdepan masalah kewangan walau sudah berumah tangga. -Gambar hiasan

EKONOMI keluarga yang bermasalah sering menjadi punca utama keretakan rumah tangga.

Apatah lagi jika isu tersebut dipandang serong atau dijadikan bahan ejekan ahli keluarga yang lain.

Selain malu untuk menghadapinya, ia juga akan memberikan tekanan dari segi mental kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita berkata dia sentiasa disindir oleh kakak ipar kerana hidup susah dan serba kekurangan.

Bersalam dan bermaafan semasa raya merupakan aktiviti Hari Raya Aidilfitri. -Gambar hiasan

Bersalam dan bermaafan sudah jadi kewajipan di Aidilfitri. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan apabila dia perlu memohon maaf daripada kakak iparnya itu atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya bukan menantu pilihan, malam raya ni menitis air mata tapi pendam perasaan supaya kuat untuk tahan air mata daripada jatuh depan semua ipar duai, ayah dan mak mentua,” luahnya memulakan cerita di laman Facebook.

Menurut wanita ini, disebabkan sikap dingin kakak iparnya itu, dia tidak dapat mengecapi rasa bahagia pada pagi raya kerana perlu mengalah dan memohon maaf.

“Balik beraya nak seronok dengan keluarga mentua, saya mengalah minta maaf walaupun saya tak tahu apa salah silap saya sebab dia tak bercakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Buntu hamil anak ketiga, wanita nak serah bayi pada orang... Menyesal kahwin lelaki gaji kecil - “Saya tak faham kenapa rezeki sempit”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘support’ RM1,000 sebulan tak cukup, bingung suami paksa tambah lagi kuota anak asuhan - “Dia hanya fikir duit”

“Mungkin kakak ipar yang juga anak angkat dalam keluarga ni kurang kasih sayang,” tambahnya sayu.

Meskipun terpaksa berdepan dengan situasi itu, namun wanita ini mampu menarik nafas lega apabila ibu dan bapa mentuanya bukan sahaja memahami perasaan yang ditanggung malah sentiasa memberi kata-kata perangsang.

“Dia perli saya mungkin sebab saya susah... dia cakap saya sekeluarga balik beraya selepas mak ayah keluarkan duit dan buat kerja untuk saya.

Selagi suami kita baik, bertabahlah sebab yang hidup dengan kita serumah sebantal suami kita sendiri.

WARGA MAYA

“Walhal, sebelum balik tu saya siap beli lauk masak untuk sambutan raya. Hanya mak dan ayah mentua yang faham perasaan saya,” ujarnya yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan paru-paru.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta duit untuk perbelanjaan dapur daripada ibu bapa mentuanya.

Namun dirinya sentiasa dipandang rendah seolah-olah sering meminta simpati keluarga.

“Ada sahaja yang tak kena sebab saya sekeluarga menyewa tak boleh beli rumah banglo macam dia... saya mengalah tapi dia siap perli lagi.

Masalah kewangan selalu menjadi isu utama dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Masalah kewangan selalu menjadi isu utama dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

“Saya pendam tak cerita pada suami sebab takut dia marah, mak ayah suami bagus tak pernah nak pilih kasih tapi saya memang terasa sangat dengan kak.

“Semoga saya kuat untuk hari-hari mendatang,” tambahnya yang pernah terfikir untuk berpisah dengan suami.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Ramai yang memberikan kata-kata sokongan kepadanya dan meminta dia terus bersabar dengan kerenah kakak ipar tersebut.

“Kesiannya ya Allah, banyak bersabar sis. Kalau mak mentua, ayah mentua dah baik. Pedulikan kakak tu, abaikan aja... anggap dia tak ada dalam hidup sis. Semoga gembira di samping suami dan anak-anak.

“Balik raya masa orang lain tak balik, jadi tak akan berjumpa... hati pun tak sakit, raya pun seronok.

“Saya doakan sis diberikan kesabaran dan ketabahan serta kegembiraan, yang penting mentua dan suami sayangkan sis. Lain-lain tu abaikan je, anggap je dugaan dalam kehidupan. Apa yang orang buat kat kita, jadikan semua positif je sis.

“Selagi suami kita baik, bertabahlah sebab yang hidup dengan kita serumah sebantal suami kita sendiri,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain