KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini, malah masyarakat berbilang kaum dan agama. Buktinya mereka turut tidak terkecuali bersama-sama teruja memakai busana tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung bagi memeriahkan suasana. Dalam keterujaan itu, seorang pemuda Cina kelihatan segak dalam persalinan baju Melayu warna biru gelap serta samping berwarna krim. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dia bagaimanapun dilihat mengalami kesulitan untuk memakai samping dengan betul. Zach berdiri sambil cuba memakai samping di tempat awam. Di tempat terbuka, dia cuba untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana orang awam untuk memakai samping. "Adakah ada yang akan bantu orang Cina pakai samping?" katanya menerusi video di akaun di TikTok @zacharychiah. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bersama wanita yang ditegur pemuda yang lebih dikenali sebagai Zach itu. "Selamat Hari Raya, Saya ada satu masalah. Saya tak tahu macam mana nak pakai (samping)," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Cina cuba-cuba pakai samping, tapi nak terlondeh... Mujur ada pemuda Melayu tolong, terus makin segak! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Melayu risau sari terlondeh depan orang ramai, nasib baik 3 wanita India tolong betulkan... Terus bersiap depan LRT Masjid Jamek Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus membantu Zach mengikat samping dengan kemas. "You tak tahu nak pakai, you ada majlis ke? Okay, pegang macam ni. Tarik nafas sikit. "Ini adalah stail baharu untuk samping. You pegang macam ni, atas sikit lagi," ujar lelaki itu yang bernama Najib. Zach diajar untuk mengikat samping. Memaklumkan mahu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri, Zach berkata pada awalnya dia bercadang untuk mengikat samping ketika menaiki kenderaan e-hailing. Wanita yang hadir bersama Najib, Azreen tampil menjelaskan cara yang sebetulnya memakai samping adalah dalam kedudukan berdiri. Sedap mata tengok video apabila semua kaum boleh bersama-sama. NETIZEN Berterima kasih kepada Najib di atas bantuan memakaikannya samping dengan kemas, Zach memberitahu perbualan dan momen mereka itu sebenarnya dirakam untuk dijadikan kandungan media sosial. Dek kerana kebaikan yang ditunjukkan Najib, Zack memberikan hadiah misteri berupa duit raya dan fon telinga sebagai tanda penghargaan. "Wow ada angpau. Sebenarnya pada usia saya ni, susah nak dapat hadiah. Terima kasih banyak," kata Najib secara berseloroh. Sebelum beredar, Najib sempat memaklumkan kepada Zach bahawa pemuda itu boleh menghubunginya sekiranya memerlukan bantuan pada masa akan datang. "Jika kamu memerlukan apa-apa untuk mendapatkan bantuan, hubungi kami sahaja. Kami adalah peguam," katanya lagi. Antara komen netizen yang memuji perpaduan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Walaupun rakaman tersebut sekadar 'eksperimen sosial', namun ia disambut baik dalam kalangan netizen yang memuji sikap toleransi dan saling bantu-membantu masyarakat Malaysia berbilang kaum. Riak wajah Najib dan Azreen yang sentiasa tersenyum sepanjang pertemuan itu sekali gus menangkis persepsi segelintir masyarakat terhadap peguam yang sering dilihat berperwatakan bengis, serius dan kurang mesra terutama ketika menjalankan tugas. "Sedap mata tengok video apabila semua kaum boleh bersama-sama. Kulit putih, handsome pakai baju Melayu biru. "Suka tengok, sama-sama bantu membantu. "Peguam weh, tapi merendah diri sangat. Kemas Encik Najib pakaikan samping dia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube