suria

Wanita kritik kaum sendiri ‘cantik tapi pengotor’! Kotorkan tandas, ruang dalam masjid... Telekung wakaf penuh kesan bedak

Individu tersebut menegur sikap segelintir wanita yang tidak menjaga kebersihan di tempat awam. -Gambar hiasan

SUDAH seminggu umat Islam meraikan Aiidilfitri.

Ketika ini, sudah ramai anak perantau yang beransur-ansur pulang ke tempat asal masing-masing untuk meneruskan rutin mencari rezeki.

Tiada lagi perkongsian di media sosial mengenai situasi kesesakan lalu lintas yang luar biasa memandangkan ramai yang sudah mula kembali bekerja.

Dari satu sudut, kemeriahan menempuh trafik sesak sememangnya 'dirindui' namun apa yang kurang enak apabila ada individu yang kurang mempunyai kesedaran sivik ketika menggunakan kemudahan awam sewaktu pulang beraya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila melihat sampah dan sisa-sisa tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa rasa bersalah di premis awam sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain.

Dia turut berkongsi beberapa pengalaman buruk yang dilaluinya ketika menggunakan kemudahan awam sewaktu dalam perjalanan pulang dari kampung, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak berak terbantut, pemuda loya nampak lampin terpakai atas kepala... Pelik wujud spesis bapa-bapa pengotor!

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit mata! Ramai-ramai balik beraya sambil tinggal sampah tepi highway, betul ke sikap pengotor ada kaitan dengan negeri?

"Situasi pertama. Singgah di tandas masjid, tunggu giliran, seorang wanita separuh usia keluar dan saya pula masuk.

"Lihat dalam mangkuk tandas warnanya sangat keruh, seperti tidak di 'flush'. Saya sangka tekanan air rendah. Rupanya tidak. Air paip dan air dari tangki tandas elok sahaja. Susah ke nak 'flush' selepas guna?

pic 2

Ruangan solat wanita di sebuah masjid. -Gambar hiasan

"Situasi kedua. Dalam tandas yang saya guna, terselit sekeping panty liner pada paip air yang dilekat ke dinding dan ia telah digunakan. Susah ke nak buang ke tong sampah yang hanya beberapa langkah saja?

"Situasi tiga, tisu diguna untuk bersihkan solekan supaya wajah nampak cantik. Tapi sayang, wajah yang cantik tapi pengotor itu tidak bermakna," kongsinya.

Tidak sekadar isu kebersihan, wanita tersebut turut meluahkan teguran terhadap perangai segelintir wanita ketika menggunakan surau awam yang menurutnya menimbulkan kesulitan kepada jemaah lain.

Belum lagi kes pampers anak dalam sinki atau atas penutup tong sampah. Susah sangat nak buka penutup tu.

NETIZEN

"Sikap wanita bila gunakan surau. Suka solat di bahagian belakang sedangkan di bahagian depan kosong.

"Akibatnya surau jadi 'penuh' kerana jemaah yang baru sampai tak dapat masuk. Jadi bottleneck di pintu masuk surau. Tolonglah diubah mentaliti sebegini.

"Tolong fikirkan orang lain yang juga nak tunaikan suruhan Allah. Anda masuk awal, sila ke hadapan. Tolong jangan ada mentaliti 'nanti susah nak keluar'," luahnya panjang lebar.

Menurut wanita berkenaan, dia terpanggil untuk membuat teguran di media sosial agar semua pihak membuka mata dan mengambil iktibar agar kejadian sama tidak lagi berulang pada masa akan datang.

pic 3

Hentian rehat yang dilengkapi dengan tandas, surau, kedai makan dan lokasi riadah adalah premis awam yang wajar dipelihara kebersihannya bersama-sama. -Gambar hiasan

Hantaran wanita berkenaan meraih 649 perkongsian di Facebook selain dibanjiri ratusan komen netizen yang bersetuju dengan teguran yang disuarakannya.

"Tengok telekung wakaf, berlambak kesan foundation, lipstick, celak dan sebagainya. Sumpah rasa kotor sangat. Kebersihan tu sebahagian daripada iman.

"Betul sangat tu. Belum lagi kes pampers anak dalam sinki atau atas penutup tong sampah. Susah sangat nak buka penutup tu.

"Ada juga jenis suka bersolek atas sejadah lepas habis solat sedangkan ramai orang sedang tunggu mencari ruang untuk solat," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain