suria

Ibu ‘unboxing’ duit raya anak, seminggu Syawal dapat kutip lebih 1k - “Kalau guna tanpa izin, haram hukumnya”

Auni mendedahkan anaknya menerima duit raya sebanyak RM1,230.

AMALAN memberi duit raya khususnya kepada golongan kanak-kanak sudah menjadi satu tradisi dalam sambutan Aidilfitri di Malaysia.

Terbaharu, seorang wanita dikenali sebagai Auni tular di TikTok selepas dia mendedahkan anaknya menerima duit raya berjumlah RM1,230.

Menerusi video unboxing duit raya yang dikongsi, wanita itu sempat berpesan kepada golongan ibu bapa agar bersikap amanah dalam menguruskan hak anak masing-masing.

duit raya 2

Video dikongsi Auni raih 1.7 juta tontonan.

"Unboxing duit raya anak tahun 2024. Mari kita buka sama-sama. Alhamdulillah, ingat duit raya anak bukan milik kita. Buka dan simpan.

"Kalau guna pakai tanpa izin anak, haram hukumnya... jadi wajib kita bayar semula. Rezeki Zahra (anak) tahun ni Alhamdulillah, ramai yang bagi duit raya tahun ni

"Kita kira sama-sama berapa total untuk 2024. Alhamdulillah selesai kita kira, jadi untuk tahun 2024 ada RM1,230," ujarnya.

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang berkongsi rezeki dengan anak Auni.

AUNI

Dalam hantaran sana, Auni turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua individu yang tidak lokek berkongsi rezeki dengan anaknya ketika sambutan lebaran.

"Alhamdulillah, syukur dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang berkongsi rezeki dengan anak Auni. Semoga Allah lipat gandakan rezeki anda dan sihat selalu. Rezeki Zahra ramai yang memberi," ujarnya lagi.

Hingga kini video yang dikongsi Auni meraih lebih 1.8 juta tontonan dan turut dihujani komen netizen yang terkejut dengan nilai duit raya diterima anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak puas hati anak dapat duit raya RM5, pelajar universiti pula RM50 - “Patut budak kecil kena bagi banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bosan balik rumah mentua, sambutan raya amat sendu! Rindu keluarga sendiri yang lebih 'happening'

"Dia pergi kutip kat mana sampai lebih RM1,000?

"Dia beraya berapa buah rumah sampai duit raya anak dapat lebih RM1,000.

"Raya tak habis lagi. Tunggu 30 Syawal nanti la unboxing," tulis netizen.

Photo for story saving money during mco.AZHAR MAHFOF/The Star (25/6/2020)

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menabung dan berjimat cermat. -Gambar hiasan

Ramai pelayar TikTok yang lain turut berkongsi jumlah duit raya yang diterima anak-anak mereka menerusi ruangan komen video berkenaan.

"Anak saya baru lahir, kumpul duit raya RM1,993.

"Anak saya Alhamdulillah dapat RM4,000.

"Anak saya RM1,194. Baru siap kira juga," kongsi netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain