TIBANYA Syawal, menjadi satu kemestian bagi umat Islam menziarahi ahli keluarga, kenalan dan sanak saudara. Susulan amalan ini, tular di Facebook satu posting mengenai tetamu yang datang berkunjung secara mengejut. Menerusi perkongsian itu, seorang wanita menyuarakan rasa tidak puas hati apabila ada tetamu tidak memahami situasinya yang mempunyai anak kecil. Ramai yang menganggap tugas sebagai suri rumah mudah. -Gambar hiasan "Sejujurnya rumah saya bukanlah rumah yang boleh dikunjungi mengejut, tiba-tiba sahaja ada di depan rumah. Anak saya sekarang sedang membesar, mereka ini semua dalam fasa suka 'mengemas' rumah. "Saya bukannya malas nak mengemas, tapi saya sudah putus asa kalau lima minit kemudian akan bersepah semula. Lepas 10 minit sapu dan mop, dah ada serpihan biskut. "Kemas di depan, di belakang pula yang berteraburnya. Jadi saya hanya kemas ala kadar sahaja, saya menyapu setakat mana yang mampu. Syukur, suami saya bukan yang jenis merungut dan mengarah-arah," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN:Rumah kemas walau ada 3 anak sedang membesar, wanita ini praktikkan 7 peraturan! Patut dicontohi ibu-ibu lain ARTIKEL BERKAITAN:Wanita kemas rumah ala kadar, tak pulun mengemas sampai semua nampak sempurna! Hasilnya hidup lebih bahagia, kurang stres Mengulas lanjut mengenai perkara ini, dia menegaskan dirinya bagaimanapun bukanlah seorang yang pemalas dan sanggup melihat rumah bersepah sepanjang masa. "Semalam bila mak saudara suami saya cakap nak datang, sepantas kilat saya kemas rumah. "Kalau tak kemas sakit pula jantungnya melihat nanti. Mana tidaknya, dari depan hingga ke belakang semuanya hanya mainan mereka," jelasnya lagi. Tetamu yang datang secara mengejut harus faham situasi tuan rumah. -Gambar hiasan Dia juga sempat memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjadi tetamu yang beradab dengan memaklumkan lebih awal tentang kedatangan mereka. Malah dia juga berharap jika ada kekurangan di kediaman yang dikunjungi atau daripada tuan rumah sendiri, ia jangan diheboh-hebohkan. Dalam pada itu warganet turut meninggal komen dan pendapat mereka mengenai isu ini. "Saya pula sebaliknya, saya sentiasa bersedia menerima tetamu bila-bila sahaja. Sebab rumah saya memang tiap tahun akan ada anak kecil. Tapi tidak bermakna rumah kami langsung tidak berkemas. Rumah saya ini, kipas angin pun susah nak berhabuk, sebab mop lantai sentiasa. Anak-anak yang lasak membuatkan kami sekeluarga sentiasa bersedia untuk mengemas. Anak-anak yang lasak membuatkan kami sekeluarga sentiasa bersedia untuk mengemas. Netizen "Kalau jadi suri rumah memang perlu rajin, kena paksa diri untuk rajin. Walaupun ada anak kecil, masih sama cara kami menjaganya. Waktu mereka tidur, saya kemas apa yang patut. Sebab itu jadi suri rumah ini mulut tidak boleh diam sahaja, perlu ajar juga mereka, takut nanti kalau pergi rumah orang jadi tidak tentu arah. "Itulah saya pun sedang menghadapi perkara yang sama, kita kemas ruang tamu, anak kemas bilik. Bila kita kemas dapur, dia pulak kemas ruang tamu. Kalau ada yang datang rumah dan lihat bersepah, saya minta mereka butakan sahaja mata," komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube