TOPIK perbualan yang dibuat secara rawak merupakan salah satu cara untuk pemandu e-hailing beramah mesra dengan penumpangnya. Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita diajukan tentang pekerjaannya semasa menggunakan perkhidmatan e-hailing. Berdasarkan klip yang dikongsikan, wanita berkenaan menjawab 'rezeki sampai sini je, sampai misi (jururawat)' kepada lelaki itu yang sedang memandu. Namun apa yang menyedihkan apabila dia dikatakan seorang pemalas kerana hanya menjadi jururawat, bukan kerjaya profesional doktor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Malas! Kalau you rajin belajar sikit, you tak mahu... you malas, you tak dapat doktor la,” ujar pemandu tersebut. Terkesima dengan kata-kata pemandu e-hailing berkenaan, penumpang itu hanya tersenyum seolah-olah bersetuju dengan kata-katanya. Susulan perkongsian di laman TikTok, videonya ditonton lebih 239,000 pelayar selain turut disebarkan di beberapa platform lain. Berkongsi pengalaman dengan mStar, wanita berkenaan, Tengku Suhaibah Tengku Ahmad berkata, pada masa kejadian dia dalam perjalanan dari tempat kerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang beraya di kampung halaman. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini dihina... dah elok jadi pegawai bank tapi berhenti kerja untuk urus warung - “Mereka kata saya bodoh, tak fikir panjang” ARTIKEL BERKAITAN: Staf McDonald's sedih pekerjaan dihina, dituduh subahat bunuh sesama Islam... - “Apakah salah mata pencarian aku?” “Saya memang selalu naik Grab dan ada je yang bertanya mengenai kerja. Tetapi ini kali pertama saya dapat soalan tersebut... ‘kenapa jadi misi tak jadi doktor’. “Saya ada rasa down dan terkejut masa dia cakap ‘malas’ tapi saya okay dan layankan sahaja perbualan tersebut,” ujarnya yang gemar membuat video rawak. Tidak menjangka rakaman tersebut akan mengandungi ‘nasihat’, wanita berusia 22 tahun ini menceritakan situasi yang dialami kepada ibu dan bapanya. Aku pun tak faham orang suka mempersoalkan. Aku jadi cikgu tadika pun ada uncle tu mempersoalkan kenapa tak jadi cikgu sekolah. WARGA MAYA Malah ujar anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini, individu tersebut memaklumkan perbualan dan kata-katanya itu hanyalah sekadar gurauan. “Lepas video tu viral, uncle Grab bagitahu dia hanya bergurau sahaja. “Saya ada juga bercerita dekat parents dan keluarga tentang perbualan tapi mereka nyatakan uncle tu cuba mencari topik untuk berbual,” luahnya. Suhai sudah berkhidmat selama lapan bulan sebagai jururawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Menurut anak bongsu daripada tujuh adik-beradik ini, melihat dirinya menjadi jururawat adalah harapan ibu. “Minat tu Alhamdulillah minat. Pekerjaan jururawat juga adalah harapan mak untuk saya. “Jadi saya memenuhi harapan mak saya,” katanya yang sudah lapan bulan berkhidmat dalam bidang ini. Berkongsi tentang Hari Raya Aidilfitri pula, dia yang mesra disapa Suhai berkata, sambutan pada tahun ini meriah dan dia berpeluang balik beraya di kampung halaman bersama keluarga. Suhai (lima dari kanan) menjadi jururawat bagi menunaikan harapan ibunya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi kurang senang dengan ungkapan 'malas' tersebut. Tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya dan menyatakan ia adalah cara orang tua untuk berbual dengan golongan muda. “Kene faham, borak orang tua memamg macam tu. So layankan je, sabar. “Sebab tu aku lebih prefer diam jadi driver Grab daripada ajak borak... takut tak sengaja judge orang, kalau customer yang ajak borak aku layan je tak suka nak cakap lebih-lebih. “Aku pun tak faham orang suka mempersoalkan. Aku jadi cikgu tadika pun ada uncle tu mempersoalkan kenapa tak jadi cikgu sekolah,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube