DRAMA air mata mungkin sesuatu yang lazim dilihat terutama dalam kalangan orang dewasa ketika sesi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga di pagi raya. Namun berbeza pula situasi sebagaimana dipaparkan di sebuah video tular di laman TikTok baru-baru ini. Rakaman tersebut memaparkan anak bongsu dalam sebuah keluarga menangis teresak-esak ketika menghulurkan sampul berisi duit raya kepada abangnya! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Banyak sangat dosa bongsu sampai ada drama," demikian kapsyen yang ditulis pada video berkenaan. Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Hilman Nabil Iskanin berkata 'drama' membabitkan dirinya dengan adik lelaki bongsu, Muhammad Hadif Nawfal Iskanin dirakam pada hari raya ketiga, ketika mereka akhirnya dapat berkumpul sebagai keluarga yang lengkap. "Hari itu abang sulung saya pun baru dapat beraya di kampung di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Kebetulan hari itu saudara mara datang beraya... masa itulah kami baru berkumpul beramai-ramai. "Selepas tetamu pulang, kami santai-santai sambil berehat. Tiba-tiba adik keluar dari bilik dan dia hulur sampul raya pada saya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘unboxing’ duit raya anak, seminggu Syawal dapat kutip lebih 1k - “Kalau guna tanpa izin, haram hukumnya” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak puas hati anak dapat duit raya RM5, pelajar universiti pula RM50 - “Patut budak kecil kena bagi banyak” "Saya sendiri sebenarnya sangat tak expect. Lagi terkejut bila dia mula menangis. Saya menolak sebab iyalah, dia masih bersekolah tapi nak bagi duit raya pula sedangkan saya dah bekerja. "Saya minta dia simpan, gunakan untuk dirinya dan pelajaran. Makin teresak-esak pula dia menangis. Tapi last-last saya terima untuk menghargai pemberianya... lagipun benda jarang berlaku," ujarnya berseloroh dan tidak mendedahkan jumlah duit raya berkenaan. Gambar keluarga Nabil (kanan sekali) ketika Aidilfitri baru-baru ini. Senang disapa sebagai Nabil, pemuda yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, adik bongsunya yang kini berusia 17 tahun sememangnya seorang remaja yang rajin dan tidak betah duduk diam di rumah. Mungkin dia rasa satu achivement untuk beri duit raya kepada ahli keluarga. Inilah kali pertama dia beri duit raya. MUHAMMAD HILMAN NABIL "Dia ada beritahu sebelum raya hari tu ada ikut tolong kawannya. Mungkin dapat duit upah. Waktu cuti atau ada masa lapang, kalau tak ikut ayah ke kebun sawit, pasti ada saja yang dibuatnya. "Jadi duit raya yang diberi itu adalah duit yang dia kumpul. Mungkin dia rasa satu achivement untuk beri duit raya kepada ahli keluarga. Inilah kali pertama dia beri duit raya. "Tapi bila tanya kenapa menangis, dia tak ada jawapan tu. Dia sebenarnya sangat jarang menangis. Dia orangnya sedikit keras kepala juga tapi rupanya dalam keras, ada lembutnya juga. "Tapi agaknya dia menangis sebab mengenangkan abangnya yang banyak support dia kot. Ramai juga sakat dalam ruangan komen... sebab banyak dosa pada abang dan macam-macam lagi," ceritanya sambil menambah video tersebut dirakam oleh tunangnya tanpa pengetahuannya. Nabil sememangnya rapat dengan adik bongsunya. Nabil yang bekerja dalam bidang kurier menambah, abang sulung serta kedua ibu bapa mereka turut menerima duit raya daripada Muhammad Hadif Nawfal yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu. Tidak menyangka video 'drama sebabak' yang dimuat naik di TikTok itu meraih sehingga 1.4 juta jumlah tontonan, Nabil berkata sungguhpun dia sekadar suka-suka membuat perkongsian, namun secara tidak langsung ia bertujuan memberi mesej bermakna mengenai kepentingan ukhwah sesama ahli keluarga. "Mak ayah selalu pesan, adik-beradik kena saling tolong menolong. Baik buruk, mereka adalah darah daging kita. "Paling penting ayah pesan jagalah hubungan adik beradik ibarat peribahasa air dicincang takkan putus," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube