suria

Lepas puas ‘healing’ tinggal sampah! Penduduk tepi sungai penat hadap pengunjung pengotor, lampin bayi pun ada

Keadaan mendukacitakan di sebatang sungai.

FLORA dan fauna merupakan khazanah alam yang tidak ternilai.

Bagi warga kota yang sudah jemu didakap hutan konkrit, permata alam seperti air terjun dan sungai menjadi lokasi pilihan untuk menenangkan diri dan fikiran.

Namun di sebalik keseronokan masyarakat menghayati keindahan ciptaan Tuhan ini, wujud segelintir pihak yang bersikap lepas tangan dalam menjaga kebersihan.

Penduduk tempatan membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang penduduk tempatan di sekitar Sungai Sedim, Kulim, Kedah mengadu tentang keadaan kotor di kawasan rekreasi itu.

Menurutnya mereka terbuka untuk menerima orang luar bermandi-manda di sungai terbabit tetapi kecewa apabila nikmat Tuhan itu tidak dijaga dengan baik.

"Kami tak marah orang nak datang mandi, kami siap sediakan kemudahan lagi seperti pondok berteduh dan lain-lain. Tapi janganlah buang sampah merata macam ni, sampai lampin anak pun ada dekat sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk banyak hutan, tawan 6 gunung tanpa gangguan... pemuda pencinta alam mengaku ‘goyang’ terserempak gajah

ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh”

"Nak suruh kami tolong buangkan ke lampin ni? Tolonglah jaga kebersihan, jangan jadi pengotor macam ni, tak susah pun," kata lelaki itu mengakhiri luahannya.

Pada ruangan kapsyen, lelaki itu turut memesan untuk tidak mengambil kesempatan di atas kelembutan hati mereka.

"Nak datang berkelah kami tak marah pun, kami bagi percuma untuk orang guna tempat ni. Cuma kami minta jaga kebersihan je, jangan tinggalkan 'tahi' untuk kami cuci.

Saya syorkan untuk kenakan bayaran apabila pengunjung masuk supaya kerja kamu tu tak 'kosong' je seperti amal jariah.

WARGA MAYA

"Kalau beterusan masalah ni, mungkin kami akan kunci tempat ni untuk kegunaan keluarga kami je," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar meminta penduduk di situ untuk mengenakan caj masuk agar pengujung lebih berakal ketika berhenti berkelah di sungai tersebut.

"Ini adalah isu mentaliti, saya pernah tegur orang yang suka buang sampah merata ni, tahu tak apa alasannya? Dia cakap, tak mengapalah, nanti ada la tu pekerja sini datang kutip. Rakyat kita dah terlalu dimanjakan.

"Susah nak ubah, kalau didik semula masyarakat mungkin bergenerasi ke hadapan baru nampak perubahannya. Letak papan tanda amaran pun tak makan saman puak ni.

Sebahagian komen warga maya.

"Syorkan untuk kenakan bayaran apabila pengunjung masuk supaya tak ada la kerja kamu tu 'kosong' je seperti amal jariah. Ada la sedikit pulangan apabila kamu luangkan masa bersihkan sungai tu.

"Kenakan bayaran mahal pun tak mengapa, biar pengunjung beringat sikit. Nak sungai cantik tapi pengotor, inilah balasan untuk mereka. Alang-alang penduduk situ boleh jana pendapatan, win-win," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain