DEMI mencapai impian dalam kehidupan, sesetengah orang sanggup mengambil jalan pintas yang menyalahi hukum syarak. Melalui satu perkongsian di laman X, seorang doktor gigi lelaki menceritakan rasa terkejut apabila menemukan objek aneh di dalam mulut pesakitnya, dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur mistik. Menurut lelaki itu, penemuan bendasing berkenaan berlaku pada tahun pertama dia berkhidmat. Kisah bermula apabila pesakit terbabit mengadu rasa tidak selesa di bahagian belakang atas gigi gerahamnya. Cetakan X-ray menunjukkan jarum susuk ditanam di dalam rahang. "Pesakit merupakan seorang wanita, usianya agak lanjut, boleh dilabelkan sebagai makcik. Ketika saya sedang periksa mulut makcik tu, saya sarankan dia untuk buat X-ray supaya boleh dapat gambaran lebih jelas. "Tapi makcik tu cakap tak perlu sebab dia dah pernah buat X-ray dekat tempat lain sebelum ni. Maka saya pun tengok paparan X-ray mulut makcik tu melalui skrin telefon pintarnya. Saya terus perasaan ada sesuatu yang pelik dalam X-ray tu. "Saya nampak ada jarum pada rahang kiri dan kanan makcik tu. Ini kali pertama saya jumpa benda macam ni, saya pun tanya dengan senior untuk minta penjelasan. Dia kata benda tu adalah 'susuk'. Saya dah ngeri waktu tu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lumpuh, mengejutkan buat x-ray nampak susuk di 4 bahagian badan! Tapi doktor puji anak pesakit ARTIKEL BERKAITAN: Bibik pengsan waktu Maghrib, menjerit dengar bacaan Yasin... Ustaz dapat bongkar, rupanya angkara pakai susuk "Jadi kami pun pergi berdepan dengan makcik tu untuk minta dia ceritakan perkara sebenar. Dan makcik tu pun mengaku yang dia ada pakai susuk untuk kelihatan lebih cantik dan awet muda," ujar lelaki tersebut. Lelaki itu kemudiannya memutuskan untuk merujuk wanita tersebut ke pakar kerana risau berlaku komplikasi sekiranya mereka meneruskan rawatan. "Setelah berbincang dengan senior, saya minta untuk rujuk kes makcik tu ke oral maxillofacial surgeon (OMFS) tapi malangnya makcik tu tolak untuk berbuat demikian. Saya tak terkejut pun makcik tu pilih macam tu. Pada mata orang lain yang bukan sasaran susuk tu, wanita tersebut akan kelihatan biasa je... tiada apa yang hendak digila-gilakan. WARGA MAYA "Selepas makcik tu dah jujur dengan kami, dia pun terus gerak keluar. Tak tahu la macam mana keadaan makcik tu sekarang, harap dia baik-baik saja. "Ada yang tanya, macam mana rupa makcik tu waktu saya tengok, saya rasa biasa je. Dia punya wajah sepadan dengan umur dia, tak ada perkara yang luar biasa pada pandangan saya," kata lelaki itu mengakhiri bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mengupas konsep sebenar di sebalik pemakaian susuk. "Susuk yang dipakai ni ada sasaran dia sendiri, contohnya pasangan suami atau teman lelaki. Pada mata mereka, wanita yang memakai susuk tu akan kelihatan jelita teramat. Sebahagian penjelasan warga maya. "Tapi pada mata orang lain yang bukan sasaran susuk tu, wanita tersebut akan kelihatan biasa je, tiada apa yang hendak digila-gilakan. Susuk sebenarnya akan menyebabkan banyak perubahan pada badan. "Pengalaman saya sendiri, ada sekali tu nak cabut gigi pesakit yang dah longgar. Tapi apabila saya tarik susah betul nak tanggal, macam ada sesuatu yang pegang gigi tu daripada keluar. "Pembantu saya ketika tu dah perasan ada benda yang tak kena. Dia terus suruh pesakit tu cabut semua cincin dekat tangan manakala kami baca-baca doa, kemudian baru boleh cabut gigi pesakit tu," cerita sebahagian warga maya. Dalam pada itu, merujuk kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor, pemakaian susuk adalah dilarang sama sekali di sisi Islam dan haram kerana meletakkan kebergantungan kepada kuasa lain selain Allah SWT. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube