suria

Isteri ‘pergi’ serta-merta, anak nazak sebelum maut di riba... Lelaki menyesal seumur hidup bentang toto dalam kereta!

Perbuatan menghampar tilam di tempat duduk belakang boleh mengundang bahaya. -Gambar hiasan

PENUMPANG kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di tempat duduk belakang tidak sepatutnya berbaring seperti di atas katil, apatah lagi ketika perjalanan jauh untuk pulang ke kampung.

Menurut seorang pengguna media sosial, dia membuat pesanan itu kerana tidak mahu kemalangan yang menimpa keluarga rakannya berulang lagi pada masa akan datang.

"Maaf kalau komen aku mengguris hati mana-mana pihak. Kawan aku macam ni la. Bawa Toyota Wish balik ke kampung. Anak bini duduk baring di belakang.

bahaya

Tempat duduk belakang yang diubah persis bilik tidur. -Gambar hiasan

"Bapa (kawan aku) drive dengan selesa. Happy. Tengok televisyen kat belakang. Sembang-sembang. Balik pukul 3 pagi.

"Tengah drive dalam kelajuan 120 atau 130 kilometer per jam (km/j), tayar depan meletup. Member brake emergency," ujarnya memulakan cerita.

Menurut pemuda itu, kemalangan yang berlaku sekelip mata menyebabkan isteri rakannya meninggal dunia akibat tercampak keluar daripada kenderaan.

Dia alihkan arwah bini dia, mengharap ada kenderaan lalu lalang... dia riba anak yang masih nazak.

RAKAN PEMANDU

"Bini dia tercampak keluar menghala cermin hadapan. anak tersangkut kat bonet. Bini meninggal on the spot. Anak dia nazak.

"Dia selamat. Dia alihkan arwah bini dia. Mengharap ada kenderaan lalu lalang. Dia riba anak yang masih nazak. Tapi pukul 3 ke 4 pagi.

"Highway lengang. Anak dia meninggal atas riba dia. Mungkin ini asbab sahaja," ujar pemuda itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif! Hidup gelap selepas kemalangan, wanita tabah kongsi perkara best selepas buta - “Kita kurang menilai orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dirempuh ketika tolong pengantin terbabit kemalangan meninggal dunia! Abang anggap adiknya wira tak didendang

Perkongsian kisah menyayat hati itu meraih lebih 1,300 komen netizen di aplikasi TikTok.

Menurut netizen, mereka juga bimbang melihat segelintir individu merebahkan kerusi belakang kereta untuk dibentang dengan tilam atau toto.

"Ada yang lipat seat ke belakang. Jadi ruang luas sampai boleh baring. Lipat (kerusi) belakang sampai flat. Letak lapik toto jadi macam katil.

bahaya3

Nampak selesa, namun ramai tak tahu bahaya yang menanti. -Gambar hiasan

"Ini yang paling ngeri. Biasa tengok sesetengah kereta letak seat foam untuk baring. Bahaya sebenarnya. Memang selesa untuk tidur tapi tak sesuai untuk dalam kereta.

"Kerusi dalam kereta untuk duduk dan pakai tali pinggang keledar. Kenapalah orang suka buat bukan-bukan?

"Satu lagi yang buat buaian dalam kereta. Tu sangat bahaya kalau brake emergency," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain