suria

Ayah kaki pukul, mak lari ikut lelaki lain! Nasib murid kelas belakang buka mata cikgu... Suasana di rumah mereka dah cukup ‘keras’

Setiap insan mempunyai kisah silam yang tersendiri. -Gambar hiasan

TUGAS seorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik murid daripada pelbagai latar belakang yang sudah tentunya mempunyai pelbagai ragam.

Namun bak kata pepatah pepatah pengalaman mendewasakan diri, peluang dan ruang ini boleh digunakan tenaga pendidik untuk mengasah profesionalisme mereka dalam kerjaya.

Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di laman X, apabila seorang guru sekolah menengah mengakui terbeban apabila dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid kelas belakang yang sinonim dengan masalah disiplin atau sukar dikawal.

Pelbagai gejala sosial boleh berlaku di sekolah sekiranya tidak dipantau. -Gambar hiasan

Menurut guru wanita itu, pada mulanya dia geram kerana harus berhadapan dengan kenakalan pelajarnya yang merunsingkan kepala.

"Inilah kisah yang membuka mata saya tentang kehidupan. Waktu saya mula masuk mengajar kelas belakang, masing-masing buat perangai sampai saya 'mental' nak urus setiap seorang.

"Tapi mungkin Tuhan nak tunjukkan hikmah selepas saya mengeluh, saya tergerak hati untuk tengok latar belakang setiap pelajar tu. Dan alangkah terkejutnya saya, mereka semua ada masalah keluarga yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja tinggalkan kawan kaki ‘select’, memori motosikal SPM masih berbekas - “Hati aku dah tawar, malas layan mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara janji, cikgu kena ‘siap duit’! Hampir semua murid lulus exam tuntut hadiah KFC, ‘muka gagal’ pun dapat B

"Ada yang ayahnya kaki pukul, ada yang maknya lari dengan lelaki lain dan macam-macam lagi masalah rumah tangga.

"Pada saat itu saya akhirnya sedar, suasana di rumah mereka dah cukup 'keras', tak akan mereka datang sekolah pun nak kena tengking lagi dengan cikgu," kata guru tersebut.

Bermula daripada momen itu, guru berkenaan cuba untuk melayani anak muridnya dengan lemah lembut.

"Zaman kanak-kanak mereka penuh memori hitam, sekarang mereka hanya perlukan seseorang untuk menyayangi mereka. Jadi saya cuba untuk mengisi peranan itu.

Sebenarnya kalau nak tengok keadaan masyarakat kita, boleh je pergi ke sekolah dan nilaikan sendiri daripada anak bangsa kita.

WARGA MAYA

"Saya cakap baik-baik dengan mereka, selalu bawa snek masuk kelas untuk jamu mereka dan Alhamdulillah saya mula nampak hasil tidak lama selepas itu.

"Mereka lebih rajin untuk datang ke kelas saya dan jarang ponteng. Saya harap suatu hari nanti apabila giliran anak saya pula masuk ke sekolah, dia juga akan dilayan dengan baik oleh gurunya.

"Selain itu, selepas difikirkan semula, saya ni baru mengajar tidak sampai dua tahun, jadi mungkin belum cukup layak untuk saya mengajar murid kelas depan, biarlah saya mula daripada bawah dulu," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berterima kasih atas jasa baik guru tersebut dan turut berkongsi pengalaman peribadi mengurus remaja bermasalah.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Saya juga seorang guru, ujian besar apabila mengajar murid kelas belakang ni. Ada yang suka melucah, bergaduh, tidur dalam kelas, buat bising dan ponteng sekolah.

"Akhirnya saya terus terang dengan mereka cakap, tiada cikgu dalam sekolah ni yang sudi nak mengajar awak semua, saya je masih mencuba, kalau saya pun menyerah kalah, siapa nak ganti?

"Sejak daripada tu mereka mula hormati saya. Lagi satu, ada seorang pelajar ni, suatu masa tu dia terus hilang daripada sekolah, tiba-tiba saya jumpa dia dekat luar tengah kerja nak sara keluarga.

"Sebenarnya kalau nak tengok keadaan masyarakat kita, boleh je pergi ke sekolah dan nilaikan sendiri daripada anak bangsa kita," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain