suria

Wanita dipukul, dicekik suami warga Pakistan... Rupanya nikah demi ‘visa kahwin’, tunggu masa larikan anak balik negara asal

Wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa. -Gambar hiasan

WANITA Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing biasanya akan dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Malah ramai yang beranggapan lelaki asing sengaja mengahwini wanita tempatan untuk memudahkan kehidupan mereka di negara ini.

Terbaharu, seorang individu berkongsi kisah tentang rakannya yang menderita sejak berkahwin dengan seorang lelaki warga Pakistan.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Keganasan rumah tangga boleh memberi kesan emosi terhadap anak-anak yang masih kecil. -Gambar hiasan

"Kawan saya kahwin lelaki Pakistan. Usia perkahwinan lebih 10 tahun, dikurniakan dua anak. Anak sulung perempuan, kedua lelaki.

"Suami dia pernah tinggalkan dia selama hampir setahun, kemudian datang semula. Sepanjang tempoh tu, banyak kali bergaduh.

"Sampai kemuncak masa raya hari tu. Suami dia tahap hina keluarga, sumpah seranah mak ayah dia. Kawan saya dah nekad nak bercerai sebab tak tahan dengan sikap suami dia," ujar pengadu.

Kawan saya dah sedar lelaki tu kahwin sebab nak dapatkan visa saja... nafkah culas.

PENGADU

Sungguhpun demikian pengadu difahamkan lelaki warga Pakistan itu enggan menceraikan isterinya sementara anak lelaki mereka mencapai usia 18 tahun.

Menurut pengadu lagi, dia mengesyaki lelaki itu mahu membawa salah seorang anaknya pulang ke Pakistan selepas cukup umur kelak.

"Dia tak nak ceraikan. Dia nak tunggu anak lelaki besar umur 18 baru dia nak cerai. Semua orang suspek dia nak bawa anak lelaki balik Pakistan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditemubual media Bangladesh... Wanita Malaysia luah kebahagiaan, mentua layan baik! ‘Cair’ suami tak putus asa minta nombor

ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona janji ‘bulan bintang’, akhirnya derita! Siapa nak kahwin lelaki asing sila ‘pegang’ 5 nasihat wanita ini

"Sebab dia memang abaikan anak perempuan dan lebihkan anak lelaki sepanjang perkahwinan. Kawan saya dah sedar lelaki tu kahwin sebab nak dapatkan visa (pas lawatan sosial) saja. Nafkah culas.

"Apabila kawan saya tak mahu renew, dia marah dan cari pasal. Kawan saya rasa terpedaya dan teraniaya. Perkara ni dah berlarutan lama. Perempuan kat Malaysia ni memang suka sabar tahap dewa," ujar pengadu lagi.

A women receive the baby at her house, story on adopting baby online. Pose by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Ada wanita yang sanggup bertahan dalam hubungan toksik kerana memikirkan masa depan anak-anak. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian sama yang disiarkan menerusi group Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM), pengadu mendakwa rakannya turut dikasari warga Pakistan itu.

"Suami dia pernah pukul dia, cekik leher dia, tapi semua tu tak ada bukti atau saksi jadi tak tahu valid ke tidak nak dijadikan hujah (jika dibawa ke muka pengadilan).

"Satu lagi, kawan saya ni kategori miskin, tinggal di luar bandar. Dia tak mampu nak lantik peguam atau dapatkan nasihat. Dan ini salah satu punca juga kes berlarutan sampai 10 tahun," ceritanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain