suria

Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

Seorang gadis bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihannya. -Gambar hiasan

HATI seorang gadis pasti akan berbunga-bunga apabila dipertemukan dengan jejaka yang ikhlas dan serius dalam percintaan.

Begitulah tuah seorang gadis yang berasal dari Pantai Timur, apabila dia bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

Hanya kira-kira sebulan selepas pertemuan pertama kali (first date), si jejaka mengambil langkah berani dengan memperkenalkan gadis itu kepada ibu bapanya.

Tanpa mendedahkan lokasi pertemuan mereka, gadis itu memberitahu dia memberanikan diri untuk bertemu dengan jejaka berkenaan selepas 10 hari berkenalan pada September tahun lalu.

Setiap individu mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Lebih manis apabila jejaka berkenaan menunjukkan kesanggupannya untuk datang ke Pantai Timur sempena pertemuan penuh bermakna itu.

"Dia datang ke negeri saya di Pantai Timur. Selepas berjumpa dia berminat nak mengenali saya lebih mendalam," luahnya di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Dating 2 hari dengan ketua pramugara, terus diajak kahwin! Dulu sering beri 'Token of Love' untuk kru di awan biru

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati... Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

Hanya kira-kira sebulan kemudian, lelaki itu meneruskan fasa seterusnya dengan membawa gadis tersebut bertemu ibu bapanya.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," ujarnya tanpa menjelaskan negeri kelahiran lelaki berkenaan.

Tahniah kerana masih percayakan niat tulus seorang lelaki.

NETIZEN

Siapa sangka, hubungan terjalin semakin serius dan kedua-duanya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

"Insya-Allah dalam seminggu lagi kami akan bernikah. Kami tak mahu kenal lama-lama sebab itu kami rancang bernikah cepat.

"Dia beritahu... lelaki kalau dah betul-betul suka kat seorang perempuan, mereka akan berusaha untuk menghalalkan," katanya.

Mengira detik menjelang hari istimewa bakal bergelar isteri, dia bersyukur kerana dipertemukan jodoh sebaik jejaka itu dan menerimanya seadanya.

Lelaki berkenaan sanggup ke Pantai Timur untuk mengenali gadis berkenaan. -Gambar hiasan

Jelasnya lagi, antara ciri-ciri bakal suami yang menambat hatinya adalah lelaki itu seorang yang suka berterus-terang.

"Terima kasih bakal suami kerana menerima saya seadanya. Sejujurnya, pada kali pertama kita bertentang mata (first dating), saya dah jatuh cinta kat awak.

"Ini kerana ciri-ciri yang ada pada awak adalah lelaki idaman saya," katanya dengan nada teruja.

Kisah cinta gadis itu disambut baik netizen dengan rata-ratanya memberikan pujian dan ucapan tahniah di atas kesediaan pasangan itu untuk berkahwin.

"Tahniah kerana masih percayakan niat tulus seorang lelaki.

"Gembira sangat la tu. Nikmati setiap momen berharga. Kunci utama dalam rumah tangga adalah sabar.

"Masa bercinta baru-baru halal pun masih fasa pijak semut tak mati, kentut pun wangi. Akan datang macam-macam onak duri ranjau yang bakal dilalui, tapi kena ingat daripada lahir sampai mati kita akan diuji," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain