BAGI golongan muda yang berstatus bujang, memperolehi pendapatan bulanan sehingga mencecah RM5,000 boleh dikatakan satu pencapaian yang agak membanggakan. Namun ketika kedudukan kewangan berada pada tahap yang selesa, sewajarnya golongan ini bijak menguruskan wang agar dapat menjamin masa depan kelak. Namun tidak dinafikan, ramai yang 'terciduk' gara-gara lebih mementingkan kehendak berbanding keperluan, sebagaimana situasi yang dialami individu ini. Menurut individu berkenaan, dia kini sedang cuba bangkit namun mahu berkongsi pengalaman pahitnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. "Gaji saya tidaklah tinggi sangat tapi sebagai fresh graduate dan bujang, dapat gaji RM5,000 sebulan dah rasa mewah. "Tak sampai setahun (kerja), buat loan beli kereta jenama H full spec... dalam RM1,200 (bayar ansuran bank) sebulan. Perbelanjaan yang tidak terkawal menjadi salah satu penyumbang kepada masalah hutang. -Gambar hiasan "Yang ini tak ada lah bawa masalah sangat disebabkan bujang dan komitmen hanya mak ayah. Setiap kali balik kampung belanja mak ayah mewah-mewah, kepala dan hati tenang. "Kemudian rasa nak ada kad kredit, acah-acah hidup macam orang banyak duit, spend sesuatu pakai kad kredit. Saya dapat dua kad kredit, masing-masing RM6,000 limit," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan merayu pinjam duit, sudahnya minta bayar hutang dilayan macam pengemis... Alasan nak beli baju, kuih raya ARTIKEL BERKAITAN: Terjerut hutang 120K, wanita jatuh tersungkur... Cuba bangkit tapi suami, anak pula buat hal Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia terlalu mengikut hawa nafsu apabila berbelanja sehingga terjerumus dalam masalah hutang. "Setiap kali gaji masuk, selepas tolak komitmen, tinggal RM100 saja untuk buat makan dan belanja bagi tempoh sebulan. Masa ni buntu memang tak tahu nak buat apa," luahnya. Ujar individu tersebut, dia bagaimanapun tersedar daripada kesilapan dan cuba bangkit perlahan-lahan. Menurutnya, dia banyak membaca perkongsian pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan masalah sama untuk dijadikan panduan dan motivasi. Apabila dah jadi ketua keluarga nanti, pengalaman menjadi guru terbaik dalam hidup. NETIZEN "Saya ambil segala tunjuk ajar sifu-sifu dalam group dengan tidak menambah hutang, sebaliknya buat beberapa kerja untuk bayar semua hutang. "Disebabkan saya ada kereta baru, saya buat part time pandu e-hailing . Satu hari dapat berapa pun saya tak kisah... yang penting boleh cover minyak kereta dan ada lebihan untuk beli telur dan makan dengan nasi serta bayar hutang. "Penat sangat-sangat. Habis saja kerja full time, sambung buat e-hailing pula," kongsinya. Berkat usahanya yang tidak mengenal penat dan lelah, dia berjaya melunaskan hutang-hutang kad kreditnya yang keseluruhannya berjumlah lebih RM20,000. "Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dah bayar semua hutang kad kredit... terus terminated dua-dua kad. "Jadi gaji bulan ni bolehlah hidup macam awal-awal kerja dulu. Dah tak perlu buat part time, ada banyak masa untuk tenangkan fikiran balik. "Memang perit dah nak berhutang macam ni. Biarlah hidup biasa, tapi hati tenang. Lepas ni fikir nak simpan duit, kalau ada masa lebih boleh buat e-hailing untuk duit simpanan," kongsinya lagi. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Perkongsian individu berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengagumi kerja kerasnya demi menyelesaikan hutang. "Dik, kamu sangat bernasib baik tak terjerumus dalam lembah hutang yang tiada kesudahan. "Bagus ada kesedaran masa muda lagi. Sebab apabila dah jadi ketua keluarga nanti, pengalaman menjadi guru terbaik dalam hidup. Tahniah dan Alhamdulillah. "Alhamdulillah seronok dengar cerita macam ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube