suria

Pemandu enggan jemput murid depan sekolah, selesa parkir jauh! Kelas tamat masing-masing kena jalan kaki ke kereta

Pemandu yang membawa murid sekolah sebaiknya tunggu di kawasan selamat. -Gambar hiasan

KESIBUKAN bekerja telah menyebabkan ramai ibu bapa masa kini berdepan masalah menguruskan penghantaran anak ke sekolah dan menjemput mereka pulang.

Menyedari realiti ini, maka ramailah individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar pulang murid bagi membantu memudahkan urusan ibu bapa atau penjaga.

Bagi golongan ibu bapa pula, sudah tentu mereka akan mencari perkhidmatan terbaik agar keselamatan anak terjamin.

WhatsApp Image 2024-04-24 at 12.22.09

Ramai ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan untuk menjemput dan menghantar anak ke sekolah. -Gambar hiasan

Terbaharu, kecoh apabila seorang ibu mendakwa perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh taska anaknya mengabaikan aspek keselamatan dengan pemandunya dikatakan biadab.

"Saya ambil transport dari sebuah taska. Akak ini memang biadab dan kurang ajar, tiap-tiap bulan kami bayar penuh. Perkhidmatan yang dia buat sepatutnya ambil anak dekat drop off depan sekolah tapi dia pesan dekat anak dan murid yang dia pick-up, suruh tunggu bawah pokok dekat kubur sekolah SMK dan SK Puncak Alam fasa 1," katanya dalam satu perkongsian di grup Facebook.

Perkongsian itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu wanita itu baru-baru ini yang tetap menyuruh murid-murid supaya menunggu di tempat biasa yang jauh dari sekolah walaupun ketika itu hujan lebat.

"Anak saya balik dengan basah lencun. Kesian sangat tengok keadaan anak. Lepas tu saya bagitahulah lepas ni kalau hujan lebat ambil la dekat bus stop drop off depan sekolah. Dia tak nak, balas dengan nada biadab.

ARTIKEL BERKAITAN:Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’... puncanya tak pandai cakap Melayu! - “Sorry sayang mama”

ARTIKEL BERKAITAN:Polis menangis teresak-esak hantar anak masuk asrama, balik rumah cium baju tak tahan rindu - “Malam saya jadi sunyi”

"Anak ada cerita, kawan dia masa hujan jalan perlahan nak ke kereta dia, sebab hujan, tak kan nak berlari dengan kereta banyak, bahaya. Masuk kereta kena marah. Lepas tu terus parents tu tak ambil dah dengan dia ni," kongsinya lagi.

Dalam pada itu dia turut menasihati penduduk setempat supaya berhati-hati jika berurusan dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Dia menganggap pemandu wanita itu seorang yang mementingkan diri sendiri kerana berkeras tidak mahu berhenti di kawasan yang sepatutnya, gara-gara enggan beratur menunggu giliran untuk mengambil murid-murid pulang dari sekolah.

Tengok reply okay je, siap bagi cadangan.

WARGANET

Menerusi perkongsiannya, dia turut melampirkan tangkap layar perbualan dengan pemandu wanita itu yang diamanahkan untuk mengambil kanak-kanak dari sekolah.

Berdasarkan tangkap layar itu, dia dilihat meminta pemandu supaya menunggu sebentar jika hari hujan kerana bimbang keselamatan anaknya yang perlu meredah hujan dan bergegas melalui jalan yang agak sibuk pada waktu puncak.

Bagaimanapun pemandu tersebut seperti berdolak dalih untuk menuruti permintaannya.

Individu tersebut juga telah diminta oleh pemandu untuk mencari pengangkutan lain buat anaknya.

WhatsApp Image 2024-04-24 at 12.22.09 (1)

Pemandu yang membawa murid sekolah perlu mengatur masa supaya sampai ke destinasi tepat pada waktunya. -Gambar hiasan

Namun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pengadu kerana menurut mereka pemandu juga perlu mengatur masa dengan sebaiknya.

"Tengok reply (pemandu) okay je, siap bagi cadangan. Tukang post ni yang emosi selalu rasa betul. Nak padu-padu transport, pakai private personal.

"Kat mana biadab dan kurang ajarnya?

"Ikut je la cara dia, dia buat untuk perjalanan dia cepat. Kalau nak ikut kehendak semua ibu bapa, mati terguling la. Yang tu nak macam ni yang nak macam lain, semua nak ikut. Ingat aib orang tu, tunggu terbuka aib sendiri padan muka. Muat naik muka siap muka anak lagi.

"Bagi saya dia tak biadab, dia tengah toleransi sebab dia tak bawa anak puan sahaja. Semoga urusan dengan dia tu berjalan lancar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain