suria

Dapat petunjuk istikharah, pemuda reda tunang minta putus seminggu sebelum raya... Tak jadi fitting baju, cincin dipulangkan

Ikatan pertunangan diputuskan selepas calon isteri melakukan solat istikharah.

PERTUNANGAN adalah ikatan perjanjian yang dibuat antara lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga, dengan keluarga kedua-dua belah pihak memberi persetujuan.

Sepanjang tempoh pertunangan, pasangan yang bakal bernikah akan membentuk persefahaman serta memupuk kasih sayang sesama sendiri.

Bagi mereka yang gagal mencapai persefahaman, ikatan yang terjalin akan diputuskan bagi mengelakkan berlakunya konflik selepas berkahwin.

Begitulah yang dialami lelaki ini apabila tunangnya memilih untuk memutuskan tali pertunangan baru-baru ini.

Pertunangannya hanya bertahan selama lapan bulan.

Pertunangannya hanya bertahan selama lapan bulan.

Sedih dengan situasi yang dialami, dia kemudian membuat luahan di laman TikTok dengan memuat naik video cincin pertunangan yang telah dikembalikan kepadanya.

"Ini kali terakhir saya buka pintu hati saya, doakan saya kuat," coretnya.

Rakaman tersebut mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memberi kata-kata semangat kepadanya.

Berkongsi kisah dengan mStar, Muhammad Adha Idham Mad Yusuf mengakui sedih apabila impian untuk mendirikan rumah tangga terhenti di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu

ARTIKEL BERKAITAN: Luka putus tunang belum sembuh, ibu pula dijemput Ilahi 3 bulan kemudian... Jejaka ubat jiwa kosong dengan 36 ekor kucing

Malah dia juga terkejut mendapat tahu keputusan bekas tunangnya itu kerana ia dibuat secara tiba-tiba.

Lebih pilu, dia dimaklumkan tentang perkara itu selepas beberapa hari bertemu keluarga tunangnya bagi membuat persiapan untuk majlis.

"Persiapan tak sempat buat lagi sebab rancangnya nak selesaikan semuanya selepas raya.

"Lagipun, hari Isnin (1 April) sebelum dia minta putus tu saya dah jumpa keluarga dia... sebut nak pergi fitting baju tapi Khamis tu dia minta putus pula.

Tak kenal lama pun sebab dia anak buah cikgu saya... cikgu saya kenalkan sebab dia tahu sikap saya semasa zaman sekolah dulu.

ADHA IDHAM

"Dia cakap dah solat istikharah dan hajat jadi tak boleh nak teruskan pertunangan mahupun melangsungkan perkahwinan," ujarnya sayu.

Ekoran keputusan wanita itu, dia yang mesra disapa Adha Idham menyatakan sukar untuk melelapkan mata.

Menurut anak kelahiran Pendang, Kedah ini lagi, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei nanti.

Meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, namun anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini mengakui terkilan kerana segala dokumen berkaitan telah lengkap diuruskan.

Adha Idham redha dengan ujian pertunangan yang dihadapinya.

Adha Idham reda dengan ujian yang dihadapinya.

Mengimbau perkenalan dengan bekas tunangnya itu, ujarnya, wanita itu merupakan seorang pendidik yang berasal dari Pulau Pinang dan anak saudara kepada gurunya.

"Tak kenal lama pun sebab dia anak buah cikgu saya... cikgu saya kenalkan sebab dia tahu sikap saya semasa zaman sekolah dulu.

"Hampir lapan bulan juga saya bertunang dan putus seminggu sebelum sambutan raya. Cincin dipulangkan pada hari keenam Aidilfitri," tambahnya yang berusia 26 tahun.

Berkongsi keadaan terkini, ujar Adha Idham, emosinya kembali pulih atas bantuan rakan-rakan yang banyak memberi semangat.

"Perasaan saya sekarang kosong... mati. Rasa seronok pun tidak, rasa sedih pun tidak.

"Saya reda dengan ketentuan Allah. Keluarganya juga telah meminta maaf atas perkara yang berlaku," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain