KETIKA ini transaksi pembayaran menggunakan imbasan kod QR digunakan secara meluas dalam apa jua urusan sama ada jual beli ataupun pemindahan wang. Selain kad debit atau kad kredit, transaksi menerusi kod QR digunakan secara meluas kerana bersifat tanpa tunai (cashless) yang ternyata lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Buktinya, ketika ini kod QR digunakan secara meluas oleh pelbagai peringkat peniaga dan tanpa mengira premis perniagaan, baik di restoran sehinggalah kepada penjaja tepi jalan. Bukan hanya sebagai transaksi perniagaan, malah ada yang mahu menggunakan kod QR ketika majlis perkahwinan sebagai pengganti kepada 'salam kaut'. Tetamu majlis perkahwinan lazimnya akan memberikan duit 'salam kaut' sebagai sedekah kepada tuan rumah. -Gambar hiasan "Aku nak kahwin hujung tahun ni. Agak-agak okay tak kalau letak QR kod dekat pintu masuk sebagai salam kaut? Minta pendapat warga maya," tulis seorang individu di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut tuan kenduri hadap duit ‘salam kaut’, siap ada syarat kedatangan - “Setakat RM10 hang datang laki bini bolehlah” ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pengantin! Mak ayah berangan majlis gah, duit anak diperah siap suruh buat loan! Wang salam kaut dah cop awal Sekadar maklumat tambahan, salam kaut adalah tradisi pemberian wang sagu hati atau sedekah ikhlas kepada tuan rumah sesebuah majlis. Ciapan individu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya, namun rata-ratanya berpandangan bahawa penggunaan kod QR di majlis perkahwinan sendiri sangat tidak sesuai. Letak QR ni memang nampak sangat mengemis. NETIZEN Bukan sahaja 'menghakis' tradisi bersalam-salaman antara tetamu dengan tuan rumah dan pengantin, malah rata-ratanya menyifatkan cadangan tersebut tidak ubah seperti mengemis. "Rasa muka tebal letaklah. Tak ada hal la mulut orang kan, paling-paling pun lepas depa makan semua nanti dia balik rumah dia mengumpat. Sebahagian netizen kurang bersetuju dengan cadangan penggunaan kod QR pada majlis perkahwinan. "Apa tujuan anon nak buat kenduri? Letak QR ni memang nampak sangat mengemis. Kita nak doa daripada tetamu untuk kebahagiaan rumah tangga kita akan datang, bukan nak duit mereka. Betulkan niat. "Ada sesetengah perkara lebih elok kita kekalkan tradisi kita...contohnya salam kaut ni. Letak QR tu tak sesuai. Tak ada interaction dua hala antara tuan rumah dengan pemberi," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube