suria

Suami tak peka, isteri alah walnut nyaris maut makan kek birthday! Bab ‘game’, nama pemain bola boleh pula hafal

Wanita terkilan dengan kek dibeli suami sempena sambutan hari jadi. -Gambar hiasan (kanan Freepik)

SAMBUTAN hari jadi yang sepatutnya menggembirakan bertukar cemas apabila seorang wanita tiba-tiba sukar untuk bernafas.

Ibarat bertarung nyawa, wanita berkenaan rupanya mengalami alahan yang sangat teruk gara-gara termakan kek hari jadi yang mengandungi kacang walnut.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah kek hari jadi berasaskan kacang walnut itu dibeli oleh suaminya sendiri bagi menyambut hari istimewanya.

Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. -Gambar hiasan

“Suami baru saja belikan saya kek walnut untuk sambutan ulang tahun kelahiran saya. Dia tahu saya mempunyai alahan yang teruk pada makanan berasaskan walnut.

“Siap kata dia beli tu sebab itu kek kesukaan dia. Kek kesukaan dia untuk hari jadi saya? Dan dia ‘tak tahu’ kek kesukaan saya sedangkan dah banyak kali cakap,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nak pulang beraya di Kelantan, suami cuma pandu sampai kampung sendiri di Terengganu - “Pandai-pandailah awak balik sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terpaling berkuasa! Kenduri di kampung isteri berkeras tak nak balik, ‘family day’ keluarga sendiri ‘gigih’ pergi walau tak berduit

Berkongsi detik cemas menerusi satu luahan di laman X, wanita itu kesal dengan sikap suaminya yang memandang ringan terhadap masalah alahan yang dialaminya.

“Sudahlah beli kek yang saya ada alahan kerana bagi dia, alahan datang dan pergi. Saya tidak tahu ia adalah kek walnut sehingga saya makan sikit.

“Tak pasal-pasal saya dah sesak nafas kat situ sebab tekak bengkak,” katanya yang masih trauma dengan insiden yang berlaku.

Sikap tidak peka suami menguji kesabaran isteri. -Gambar hiasan

Tanpa menjelaskan keadaan yang berlaku selepas kejadian itu, dia bagaimanapun meluahkan kekecewaan terhadap suami yang tidak peka terhadap kesihatan isteri termasuklah alahan yang dialaminya.

“Jadi kepada kaum wanita, korang kalau nak kahwin, carilah lelaki yang peka dan bukan yang bodoh. Tak payahlah percaya pada siapa yang cakap ‘normal la lelaki ni tak peka’.

“Kalau lelaki tu boleh ingat nama pemain bola, nama karakter dalam game atau anime, tak kan la benda penting tentang korang boleh tak ingat?” ujarnya.

Sengaja mendatangkan kemudaratan pada isteri walau sudah dimaklumkan banyak kali.

NETIZEN

Sehubungan itu tegasnya, kaum wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup yang bukan sahaja berperanan sebagai pelindung tetapi juga tidak membahayakan nyawa.

“Saya dulu pun mengiyakan orang cakap lelaki memang macam tu. Sebelum ni dia buat tak peka macam ni pun, saya cuba bertolak ansur tapi tengoklah apa yang jadi.

“Korang yang lain, tolonglah berhati-hati. Carilah lelaki yang bijak sikit. Pilih dengan bijak,” katanya menitipkan pesanan.

Kisah tragis yang dialami isteri berkenaan ternyata mengejutkan warga maya terutama dalam kalangan wanita.

Konflik yang berlaku merenggangkan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

Malah ada yang mendakwa ia merupakan satu cubaan untuk meragut nyawanya dan menggesa dia supaya melakukan sesuatu sebelum terlambat atau keadaan menjadi lebih parah.

“Sis, kalau suami you tahu you ada alahan dengan walnut sampai tahap sesak nafas boleh bawa mati dan bukan sekadar naik ruam gatal-gatal, saya nasihatkan hati-hati, mungkin cubaan bunuh.

“Boleh minta fasakh tak? Pertama, sengaja mendatangkan kemudaratan pada isteri walau sudah dimaklumkan banyak kali. Kedua, suami mempunyai penyakit demensia yang teruk hingga membahayakan isteri.

“Ni cubaan membunuh. Sama je dia letak parang kat tekak you. Kalau tak nak cerai juga tak tahulah. Jangan terkejut nanti anak you tak beribu, mak ayah you dah tak ada anak perempuan dalam beberapa tahun lagi,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain