suria

Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah

Majlis merisik menjadi medan untuk kedua-dua belah keluarga mengenali antara satu sama lain. -Gambar hiasan

TAK tahu di mana silapnya, orang negeri Kelantan sering menjadi sasaran kebencian di media sosial.

Terbaharu, seorang individu tular di laman X selepas berkongsi rasa kurang senangnya terhadap sikap orang Kedah.

Menurut pengadu, dia dan keluarganya berdepan detik menjengkelkan ketika mereka mengikuti rombongan meminang seorang gadis Kedah, baru-baru ini.

merisik (1)

Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga. -Gambar hiasan

"Perangai orang Kedah ni ada dua benda aku tak berkenan. Satu suara nyaring dan kasar. Kedua kalau sembang tak rebah. Sebelum ni aku buat pekak je. Tak kisah sangat.

"Ada ahli keluarga aku nak kahwin orang Kedah. Kami hantar rombongan meminang. Mula-mula okay, lama-lama macam red flag. Tiba-tiba nak cerita harta pusaka keluarga mereka.

"Cerita harta dia dan mention gadis yang kami pinang ni tak dapat harta waris banyak. Kami macam tertanya, ini majlis bertunag ke majlis nak cerita harta," dakwanya.

Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang?

AHLI KELUARGA PIHAK LELAKI

Menurut pengadu, cara mereka bercerita membuatkan dia meluat, seolah-olah ahli keluarganya itu mahu berkahwin atas dasar harta semata.

"Tiada siapa tanya. Korang tak rasa meluat ke kalau jadi macam tu. Kami pun tak hadap harta makcik korang. Ini majlis tunang, kami bukan nak tahu harta keluarga perempuan banyak mana.

"Semua orang masa tu muka macam tertelan ubat gegat sebab yang bercakap tu orang tua perempuan belah sana. Dan ini bukan kali pertama aku kenal orang Kedah macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi anak Kedah! Pelajar SMA buka cerita pengalaman dikejar kucing sampai terjatuh, Ustaz Azhar Idrus pun terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Milan tapi Kedah! Model berani muncul tak pakai coli, tayang dada tersembul di KFW22... “Jantan ke original ni?”

"Kenalan aku pun pernah cakap Kedah problem. Siap pesan keluarga aku, nanti janganlah fikir anak buah aku ni akan dapat harta keluarga dia.

"Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang? Dengan orang luar pun cakap lebih kurang," luah individu itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat berbeza, termasuklah yang tidak bersetuju dengan dakwaan individu itu.

merisik (2)

Majlis meminang atau merisik merupakan langkah pertama sebelum pasangan disatukan dalam majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

"Sebagai orang Kedah, memang kebanyakan orang tua suka sembang. Aku pun meluat nak sembang dengan orang Kedah.

"Selain tolak orang Kelantan untuk jadi bakal isteri, Kedah pun masuk dalam senarai.

"Jangan pukul rata. Ramai je orang Kedah yang okay," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain