suria

Keluarga ada ‘hoarding disorder’, individu sakan berkemas setiap kali raya... Buat demi ‘puaskan mata’ tetamu, tak mahu dicop pemalas

Sindrom hoarder sememangnya wujud dalam diri segelintir individu. -Gambar hiasan

MENGEMAS rumah adalah antara rutin yang wajib dilakukan apatah lagi ketika ini rata-ratanya sibuk menerima kunjungan tetamu sempena Syawal.

Sememangnya ia merupakan tugasan yang sangat memenatkan kerana hampir semua sudut rumah, dari ruang tamu, tandas, dapur dan bilik tidur, perlu diberi perhatian.

Bukan sahaja demi memastikan tetamu selesa ketika berkunjung ke rumah, namun salah satu sebab utamanya adalah tuan rumah mahu mengelakkan mereka diumpat kononnya tidak menitikberatkan soal kebersihan.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang individu meluahkan perasaan mengenai realiti yang dihadapinya apabila dibesarkan di dalam keluarga 'hoarder'.

Sekadar maklumat tambahan, hoarder atau golongan yang mempunyai hoarding disorder dirujuk sebagai individu yang gemar menyimpan barang dan sukar membuang barangan yang dimiliki biarpun sudah rosak atau lama.

FILED - Hoarding disorder is not the same as someone being untidy, say experts. Instead, the hoarder has an existential need to never get rid of things. Photo: Kai Remmers/dpa

Mereka yang mempunyai sindrom 'hoarder' dirujuk sebagai individu yang gemar menyimpan barang dan sukar membuang barangan yang dimiliki biarpun sudah rosak atau lama. -Gambar hiasan

"Untung orang yang rumahnya sentiasa well managed. Tak perlu risau nak mengemas rumah sangat. Tapi untuk keluarga hoarder tidak sama sekali.

"Terpaksa buat deep cleaning setiap tahun yang akan makan masa, tenaga dan duit untuk pastikan semuanya okay.

"Jadi bila raya nanti tak risau sangat kalau tetamu datang. At least selesa berkunjung dan kami pun tak la segan memanjang.

"Takut juga kena judge keluarga malas padahal bermatian nak handle rumah," demikian tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga hidup dalam rumah sampah sejak 20 tahun lalu, amuk jika barang dibuang! Ketahui tentang Hoarding Disorder

Tambah individu ini lagi, disebabkan sudah terbiasa dengan sindrom hoarder keluarganya, dia boleh sahaja mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bersungguh mengemas rumah.

Bagaimanapun demi 'menyelamatkan maruah keluarga', dia memilih untuk mengemas demi tetamu biarpun lelah serta kepenatan.

Setiap tahun jenuh bergaduh nak clear barang sampaikan pagi-pagi raya masih merajuk.

NETIZEN

"Boleh saja buat tak kisah tapi saya tak boleh tengok mata tetamu melilau bila datang ziarah.

"Malu muka tak tahu nak sorok mana. Akhir kata, jika ada yang senasib dengan saya semoga tabah dan sabar. Bukan kami malas, tapi itulah yang kami mampu," akhirinya.

Tidak keseorangan, segelintir warga maya turut berkongsi situasi serupa di laman komen.

komen hoarders

Segelintir warga maya turut berkongsi pengalaman berdepan dengan ahli keluarga yang mempunyai sindrom 'hoarder'.

"Makcik saya hoarder. Sepupu dah tak boleh buat apa. Bila kemas dan buang barang yang patut dibuang pun makcik masam muka marah-marah.

"I feel you. Setiap tahun jenuh bergaduh nak clear barang sampaikan pagi-pagi raya masih merajuk. Tahun ni saya malas nak kisah langsung. Berjaya pujuk mak untuk sewa homestay dan beraya di sana.

"Tengok barang semua memang sayang nak buang atau bagi orang sebab kita beli dengan duit dan rasa macam akan guna lagi padahal ada yang dah lebih 10 tahun tak guna-guna pun," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain