suria

Nampak hari nak hujan jiran Cina tolong alihkan ‘parcel’ 8kg! Kadang-kadang siap angkat jemuran - “You balik lambat nanti rosak”

Seorang wanita berkongsi kisah jirannya yang baik hati apabila sering membantu mengambil barang daripada 'runner'.

REZEKI hadir dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi harta, pekerjaan, keluarga yang harmoni, kesihatan yang baik dan sebagainya.

Dikelilingi insan yang baik hati seperti jiran tetangga juga merupakan salah satu bentuk rezeki yang perlu disyukuri.

Demikianlah juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita bernama Asmawati Abdul Eid di laman sosial mengenai kebaikan jirannya yang berbangsa Cina.

Menurut wanita berkenaan, jiran di sebelah rumahnya merupakan pasangan warga emas yang berusia dalam lingkungan 60an.

runner 2

Antara adab berjiran adalah saling menghormati dan mengambil berat/ -Gambar hiasan

"Apabila saya buka pintu kereta, nampak barang daripada runner diletakkan oleh jiran di atas batu ni tadi.

"Mereka ambil barang daripada runner, letak atas batu. Apa yang runner hantar, mereka ambil dan letak atas batu (tembok).

"Pernah runner telefon... kak, jiran akak ambil barang ni. Dia siap diambil photo aunty tu pegang barang saya. Kemudian saya jawab... takpe, jiran saya ambil dan nanti dia bagi kat saya.

"Bayangkan kadangkala saya order makanan kucing lapan kilogram (kg), mereka angkat letak dekat atas batu ni," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah nak dapat jiran baik macam ni” - Gadis Melayu terharu, semua tetamu dah balik, muncul jiran Cina tolong lepas kenduri

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas dengan jiran ‘over baik’, seminggu sampai 4 kali hantar makanan - “Saya anak ramai kot, dia asyik nak sedekah”

Tambah wanita tersebut, dia sudah berulang kali 'melarang' pasangan Cina berkenaan untuk mengambil barang yang dihantar ke kediamannya kerana tidak mahu menyusahkan mereka, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

"Isterinya jawab... petang-petang hujan nanti barang rosak, you balik lambat. Aunty letak atas batu ni la.

"Dua hingga tiga kali saya beli (makanan kucing) 8kg, tapi akhirnya saya pergi beli di kedai sebab saya rasa bersalah untuk mereka ambil daripada runner," kongsinya.

Moral kisah ini, bagaimana kita nak dilayan, kita pun perlu layan orang dengan baik juga.

NETIZEN

Tidak sekadar ringan tulang membantu mengambil barang daripada runner, wanita ini juga berkata, dia terkejut apabila pasangan berkenaan pernah membantu mengangkat pakaiannya di jemuran ketika hujan.

"Mereka ni sangat bersih. Anak, menantu pun baik... selalu tegur, sihat ke, dah makan ke.

"Jiran walaupun bukan Islam, kita kena buat baik. Alhamdulillah," tulisnya lagi.

Hantaran wanita berkenaan menjadi tular malah dikongsikan semula di platform TikTok, yang menyaksikan ia meraih lebih 20,600 jumlah tontonan.

komen jiran

Warga maya menyifatkan wanita berkenaan sangat bertuah kerana dikurniakan jiran yang baik hati.

Sementara itu di ruangan komen, warga maya menyifatkan wanita tersebut bertuah kerana dikurniakan jiran yang baik, selain ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman manis bersama tetangga masing-masing.

"Saya pernah berjiran dengan keluarga Cina masa duduk kuarters dulu, sampai sekarang kami baik dah 48 tahun.

"Moral kisah ini, bagaimana kita nak dilayan, kita pun perlu layan orang dengan baik juga.

"Betul tu... lebih baik berjiran dengan non-muslim daripada berjiran yang 'bajet' mati masuk syurga. Jangan kata nak tegur, pandang muka pun tak nak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain