suria

Jiran punca wanita ‘resign’! Satu famili ‘selfish’ bab parkir, orang lain susah tak apa asalkan anak beranak mereka senang

Hidup berjiran perlu ada sifat bertimbang rasa dan hormat menghormati. -Gambar hiasan

MENJADI impian hampir setiap individu untuk memiliki kediaman sendiri dan hidup tenang tanpa sebarang gangguan.

Namun, seorang wanita tidak menyangka dirinya akan berdepan masalah dengan jiran walaupun sudah menetap di kediaman sendiri.

Dalam hantaran yang dikongsi di Facebook, dia menceritakan tentang parkir di rumahnya yang mana keluasannya cukup-cukup untuk meletakkan dua buah kereta.

"Saya beli rumah muat satu parking dalam, satu parking di luar. Kereta saya dua-dua jenis muat parking luar tanpa 'termakan' (masuk) ruang jiran. Masalah timbul apabila jiran suka parking masuk kawasan saya.

huhuu

Hidup berjiran menuntut kita mengamalkan sikap tolak ansur. -Gambar hiasan

"Walaupun cuma termasuk satu kaki (keluasan), saya pula terkeluar satu kaki ke rumah jiran sebelah sana pula, jadi saya tak nak. Saya dah pernah tegur setiap ahli keluarga mereka, tegur dalam group lorong pun pernah.

"Setiap kali saya tegur, mereka hanya keluar dan betulkan parking sahaja. Tak ada minta maaf atau rasa perkara itu perlu dihentikan," dia meluahkan masalahnya di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN:Sekeluarga bolot ruang parkir, paling seronok ‘lambak’ depan rumah orang! Depan pagar sendiri biar lapang

ARTIKEL BERKAITAN:‘Hobi’ jiran suka park depan rumah orang, satu hal kena pergi ‘mengemis’ suruh alih kereta! Dah bebel sebakul tetap tak minta maaf

Disebabkan jirannya tidak prihatin dan masih mengulangi tindakan sama, wanita tersebut terpaksa meletakkan keretanya jauh dari perkarangan rumah.

Situasi ini ternyata menjadi beban dan masalah besar bagi dirinya sehingga dia terpaksa berhenti kerja akibat sikap jiran yang pentingkan diri.

Saya sampai berhenti tuisyen walaupun hakikatnya perlukan second job.

PEMILIK RUMAH

"Saya dulu ajar tuisyen malam, bila nak balik tak dapat parking depan rumah sendiri, saya parking jauh tepi jalan.

"Bahaya sebab gelap dan saya wanita. Saya sampai berhenti tuisyen walaupun hakikatnya perlukan second job," katanya lagi.

Dia yang pada mulanya berasa geram dan rimas dengan jiran tersebut bagaimanapun bertukar menjadi marah apabila kakaknya terpaksa digegaskan ke hospital pada suatu hari.

"Saya mula bertukar dari rasa annoyed kepada rasa marah, sebab satu masa tu kakak saya warded, saya perlu papah ke hospital dan susah nak alih kereta dan sebagainya.

park 5

Walau kita mahu semua urusan kita dipermudahkan, jangan sampai susahkan orang lain. -Gambar hiasan

"Baru-baru ini sebelum puasa anak dia terlanggar kereta saya yang parking di luar rumah saya sendiri. Juga kerana dia nekad untuk parking juga di ruang depan rumah saya. Saya tak marah terlanggar sebab tak sengaja tapi jika pada mulanya dia tak consider kacau ruang depan rumah orang lain, mesti tak kan terlanggar pun.

"Malam ni lepas tempuh kesesakan yang lama, saya sampai rumah juga tak boleh parking luar rumah sendiri sebab kena kemas dulu kotak-kotak dan tong sampah yang jiran letak di ruang saya," ceritanya lagi.

Wanita itu turut menjelaskan, oleh kerana ruang depan di luar pagar bukan hak pemilik dia hanya mampu meminta jiran tersebut bertolak ansur.

Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai untuk memberikan pandangan terhadap perkongsiannya, kerana baru pertama kali membeli rumah dan tidak berapa arif tentang hal tersebut.

Dia turut memberitahu bahawa dirinya merupakan seorang yang tidak pandai memberi teguran.

Warganet memberi kerjasama dengan memberikan cadangan dan komen yang dirasakan boleh membantu wanita tersebut.

"Kalau cara lembut dah tak jalan, kena guna reverse psikologi la pula. Buat yang sama dekat dia, tengok la apa reaksi dia. Complaint kat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun okay.

"Parking saja depan rumah dia bila-bila nampak parking tu kosong. Biar dia pula yang annoyed nak panggil awak alihkan kereta. Buat perkara sama jangan minta maaf, jangan kata apa-apa.

"Mungkin boleh beli kon oren dua biji dan letak kiri kanan, lepas tu buat tanda macam parking reserved. Lepas tu buang duit syiling tepi sempadan tu," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain