suria

Abang ‘pomen’ dah siap servis, tiba-tiba pemilik Vellfire merungut mahal... Ramai yang naik angin, suruh tukar minyak enjin sendiri!

Kos untuk menyelenggara bergantung kepada jenis dan keadaan sesebuah kenderaan. -Gambar hiasan (kanan)

SUDAH lebih dua minggu 1 Syawal berlalu, namun rata-ratanya masih rancak beraya dan memenuhi undangan rumah terbuka kenalan serta sanak saudara.

Dalam situasi ini, kondisi kenderaan adalah perkara wajib yang perlu diberi perhatian terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh.

Seperti yang diketahui umum, kos untuk penyelenggaraan atau servis kenderaan bukanlah kecil yang mana ia bergantung kepada kondisi serta jenis sesebuah kenderaan itu sendiri.

Sesetengah pemilik kenderaan lazimnya akan cuba tawar-menawar dengan pemilik bengkel, namun dalam pada mahu menjimatkan poket sendiri, biarlah ia berpada-pada.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang mekanik meluahkan rasa terkilan dengan sikap cerewet seorang pemilik kenderaan mewah yang mendapatkan perkhidmatan servis di bengkelnya baru-baru ini.

komen vell 2

Tangkap layar perbualan antara pemilik bengkel dan pelanggannya.

Menerusi imej perbualan aplikasi WhatsApp yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan, pada mulanya pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire itu bertanyakan kos untuk servis minyak enjin di bengkel tersebut.

"Abang totalkan siap-siap," demikian tulis pemilik kenderaan mewah tersebut dalam perbualan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang pinjam barang, kemudian kacau mekanik buat kerja! Tauke bengkel bengang pelanggan tak tahu malu, buat macam kedai sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Duit melayang lebih RM8,000 tapi kereta masih rosak... Lelaki berang tampil bersemuka dengan owner bengkel

Membalas kembali mesej berkenaan, pemilik bengkel menyenaraikan kos servis yang merangkumi harga minyak enjin lima liter, penapis minyak dan upah yang keseluruhannya berjumlah RM440.

Dalam paparan mesej seterusnya, pemilik kenderaan berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga yang dikenakan kepadanya.

Daripada mesej-mesej berkenaan, difahamkan ia dihantar kepada pemilik bengkel selepas kenderaannya siap diselenggara.

Sebab tu pomen lagi suka kereta-kereta murah daripada mahal ni.

NETIZEN

"Saya bukan tak puas hati tapi saya tak nak dah servis dekat abang. Saya dari Shah Alam dan minyak sekarang tetap sama. Cuma abang mahal," tulisnya.

Sekali lagi pemilik bengkel tersebut menyenaraikan kos servis malah menjelaskan bahawa ia telah diberitahu sekali lagi ketika mereka berada di bengkel.

"Empat liter RM280 + satu liter RM80, total RM360. Penapis minyak RM60 dan upah RM20 total RM440.

"Saya ada sebut (harga minyak enjin) RM350 tadi masa dalam kedai. Kalau RM350 minyak enjin, oil filter dan upah, RM430 total.

"Maaf banyak-banyak sebab mahal," tulis pemilik bengkel itu lagi.

komen vell

Netizen mengecam sikap pemilik kenderaan tersebut yang disifatkan tidak cakna dengan kos servis semasa.

Hantarannya di Facebook mengundang perhatian warga waya dengan rata-ratanya mengecam pemilik kenderaan tersebut yang disifatkan tidak cakna dengan kos servis semasa ketika ini.

"Nak murah lagi pakai minyak 2T, tak pun minyak masak. Nanti asap bau wangi, bau satay. Beritahu owner Vellfire tu.

"Pandu Vellfire tapi tak ada duit la tu! Buat sendirilah kalau nak harga ikut kepala sendiri.

"Memang mentaliti owner Vellfire atau Alphard gini ke? Pernah jumpa nak tukar brakepad upah RM50 dikatanya mahal.

"Sebab tu pomen lagi suka kereta-kereta murah daripada mahal ni. Ingatkan kereta mahal takdelah nak berkira sangat bab service. Dah la banyak songeh lepas tu nak murah," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain